Connect with us

info

Kerjaya Gaji 5 angka atau Keluarga?Lelaki ini kongsikan pengalamannya.

Published

on

Kerjaya Gaji 5 angka atau Keluarga.Mana yang korang mahu pilih?ini aku kongsikan pengalaman aku.
Aku ni seorang yang jarang nak berkongsi cerita di sosial media tapi hari ni aku nak share sedikit kisah hidup aku semoga dapat memberi pengajaran kepada orang lain.
Aku pernah bekerja di sebuah syarikat MNC di Singapore. Masa tu gaji alhamdulillah lumayan, hidup serba serbi cukup. Ye la dapat sing dollar bawak masuk Malaysia boleh kali dengan 3. Selepas 2 tahun kerja aku apply PR dan approved. Masa tu memang dah plan nak stay lama kat Singapore.
KU SANGKA KAN PANAS HINGGA KE PETANG
Fast forward ke tahun lepas, negara kita mula dilanda pandemik COVID-19 dan disebabkan itu border antara Malaysia-Singapore ditutup serta merta so memang tak boleh dah nak commute macam biasa. Sejak dari tu aku mula WFH. Sebagai Supervisor kat plant berapa lama je boleh WFH sebab most of the time kerja memang kena ada kat on site.
COMPANY CALL
Selepas 5 bulan WFH, dapat call daripada boss untuk arrange masuk balik ke Singapore. Company akan tanggung kos kemasukan which is good tapi dengan syarat tak boleh balik Malaysia for at least 1 year. What? masa ni hati dah mula rasa tak sedap fikirkan wife sorang-sorang nanti nak jaga anak kecik macam mana. Dah la anak tak pernah berjauhan ngn daddy dia sejak lahir lagi. For me, this is quite a dilemma.
Long story short, aku buat keputusan untuk berhenti kerja dan stay with my family. Kat sini aku mula berserah dan yakin bahawa rezeki Allah tu luas dan Allah is the best planner. Menyesal? Tak. Struggle? Yes, memang struggle nak survive lebih-lebih lagi musim pandemik ni nak cari kerja pun tak mudah. Setiap kali hujung bulan je mesti pening fikir nak settle kan komitmen macam mana. Yela dulu banyak buat hutang-hutang.
HIDUP INI IBARAT RODA
Bagi aku hidup ni ibarat roda kadang-kadang kita kat atas, and at some point kita diuji untuk berada di bawah. How do we react will define what will happen to us next. Adakah kita akan terus complaint? Salah kan keadaan sekeliling? atau pilih untuk bangkit balik semula from your bottom end. Because when you’re down the only way to go is up.
Aku bersyukur dapat ditemukan dengan circle FAR Capital. Dia orang ajar dan guide aku untuk restructure balik aku punya financial and now I believe I am on the right track. So ini lah “BIG WHY” aku kenapa aku nak keluar dari comfort zone dan share semua ni sebab aku tahu mungkin ada yang tengah senasib dengan aku sekarang yang perlukan support. I would like to reach out to you guys.
Semoga Allah tunjukkan jalan keluar untuk kita semua. Doakan aku.
Itu sekadar pengkongsian tentang kerjaya Gaji 5 angka atau Keluarga.Mana yang korang mahu pilih?Tepuk dada tanyalah hati sendiri.
Semua ini ,adalah pilihan di atas tangan anda semua, samaada mahu pilih kerjaya dalam gaji 5 angka mahupun keluarga di rumah.
Setelah lebih setahun bekerja di Singapura, ia merupakan detik penghijrahan yang amat bermakna bagi saya dan keluarga.

Sekitar pertengahan tahun lepas, rakan sekerja memaklumkan bahawa ada syarikat di Singapura yang mencari jurutera lapangan dengan kadar segera. Tanpa berfikir dua kali, saya terus memohon dan ditawarkan kerja dalam tempoh kurang 2 minggu.

Gaji Semasa di sana.

Peluang itu terlalu sukar ditolak, walaupun boss dan bekas rakan sekerja berpendapat bahawa jumlah tawaran tersebut tidak memadai. Saya agak hairan, walhal tawaran yang diterima hampir 4 kali ganda daripada gaji asal dan elaun laut yang hampir sama.

Walau apa pun yang terjadi kepada kerjaya saya kini, saya tetap bersyukur dengan penghijrahan ini. Bagi rakan-rakan yang ingin mengubah nasib hidup, tidak perlu terbang jauh ke Australia hanya untuk bekerja sebagai pemetik buah, sebaliknya boleh cuba untuk mencari rezeki di Singapura.

Sehingga kini, terdapat hampir 400,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Apa yang saya perhatikan, kebanyakannya terdiri dari India dan Cina. Hanya sekitar 10% peratus Melayu sahaja, mungkin Melayu lebih selesa untuk berada di negara sendiri.Kerjayanya Gaji 5 angka  di sana.

Tempat tinggal adalah perkara yang paling utama untuk difikirkan sebelum berhijrah. Umum tahu harga rumah di Singapura terlalu tinggi. Untuk menyewa sebuah bilik kecil, anda perlu membayar tidak kurang SGD 600 sebulan.

Imigresen

PINTU IMIGRESEN

Jika tinggal di Singapura, anda tidak dibenarkan untuk membawa kenderaan yang berdaftar di Malaysia. Namun, apa yang pasti sistem pengangkutan Singapura adalah sangat efisien. Begitu mudah untuk kemana-mana dengan harga yang agak berpatutan.

Dengan harga bilik yang terlalu tinggi dan privasi yang terhad di Singapura, tinggal di Johor merupakan satu pilihan yang lebih baik. Kadar sewa sekitar Gelang Patah / Nusajaya adalah RM400 untuk bilik kecil dan RM 1000 untuk sebuah unit pangsapuri 3 bilik lengkap dengan perabot.

Makanan

Kebiasaannya mereka yang tinggal di Johor, akan makan pagi sebelum pergi kerja dan bungkus makanan tengahari. Secara tidak lansung, segala perbelanjaan dalam Ringgit Malaysia. Secara purata, perbelanjaan bulanan lebih jimat sedikit berbanding tinggal di KL.

Pengangkutan

Terdapat 3 cara untuk ulang-alik setiap hari:

1. Motorsikal

Cara paling cepat, fleksibel tetapi agak penat. Masa untuk pergi kerja dalam 1 jam 3 0minit manakala balik mengambil masa 2 jam.

Bayangkan anda perlu menyedut asap kenderaan ketika beratur di ‘checkpoint’ Singapura.

Makan asap sementara menunggu.

SEDUT ASAP SEMENTARA MENUNGGU.

Bayaran tol dan ‘entry pass’ sebanyak RM 17 / hari tidak termasuk minyak.

2. Bas

Cara paling jimat dan tidak berapa penat.

Masa untuk pergi dan balik secara purata adalah 2 jam, tidak termasuk masa dari rumah ke hentian bas dan dari hentian bas ke tempat kerja.

Agak janggal bagi anda yang pertama kali menaiki bas ke tempat kerja, anda akan dapat lihat semua orang berlari bagai nak gila di ‘checkpoint’ Malaysia / Singapura. Ini demi untuk mendapatkan tempat duduk di dalam bas.

Saya pernah tersilap langkah dan berdiri hampir 2 jam di dalam bas. Tiket bas pergi dan balik adalah RM 16 / hari.

3. Kereta / Van

Cara paling selesa tetapi mahal dan tidak fleksibel.

Amat tidak berbaloi untuk memandu kereta secara bersendirian, kadar ‘entry pass’ ialah SGD 35, tol SGD 7 dan ‘parking’ SGD 5.

Check point.

CHECK POINT.

Oleh itu, ‘car pool’ adalah pilihan yang lebih bijak untuk mereka yang mengutamakan keselasaan.

Kebiasaannya pemandu akan menetapkan masa dan tempat ‘pick-up point’.

Ada juga orang persendirian yang menjalankan khidmat penghantaran menggunakan van.

Kadar purata untuk ‘car pool’ dan van adalah SGD 12 – 14 untuk pergi dan balik.

Kesimpulannya

Jika kita bandingkan epal dan epal, angka gaji bagi Malaysia dan Singapura hampir sama (mungkin Singapura lebih sedikit bagi pekerja kolar biru).

Berdasarkan pengalaman rakan-rakan, gaji pekerja restoran masakan segera sekitar SGD 1800 termasuk ‘OT’ manakala pekerja kilang boleh dapat lebih SGD 2000 termasuk ‘OT’.

Bagi pekerja kolar putih, gaji ‘fresh grad’ tidak lebih SGD 3000 dan bagi mereka yang mepunyai pengalaman boleh ‘demand’ SGD 4000 ke atas.

Sejujurnya, pengijrahan ke Kota Singa serba sedikit mengukuhkan kewangan keluarga saya dan memberikan pengalaman yang baru tentang erti kehidupan.

Yakinlah jika kita terus melangkah, rezeki akan sentiasa terbuka untuk kita. Selamat berhijrah!Semua ini pilihan di tangan anda sendiri Tepuk dada tanyalah hati.

P/S: Kadar tukaran wang pada hari ini, SGD 1 = RM 3.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING TOP