Khasiat Daun Durian Belanda Mampu Mengubati Kanser Dan Merawat Kencing Manis

Bukan hanya isinya saja yang boleh dimakan dan mempunyai rasa yang manis masam yang mampu memberikan kesegaran di bahagian kerongkong anda, namun daun durian belanda juga mempunyai khasiat yang sangat hebat yang mungkin tidak pernah anda ketahui sejauh mana keberkesanannya.

Tahukah anda, pokok durian belanda juga mengandungi sebatian acetoginin iaitu Asymycin, Roundacin dan juga Squamosin. Selain itu juga ia turut mengandungi fruktosa, lemak,kalsium, vitamin A dan B serta banyak lagi kandungan di dalamnya.

Menurut satu penyelidikan secara saintifik telah membuktikan bahawa daun durian belanda mampu menghalang dan memusnahkan sel-sel kanser yang mula merebak.

Berikut merupakan 5 jenis peyakit yang boleh disembuhkan dengan daun durian belanda yang harus anda tahu.

1. Mengubati Kanser

Daun durian belanda mampu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser dan mampu menyembuhkan kanser dengan kadar lebih cepat daripada kemoterapi. Jika melakukan kemoterapi ia bukan saja mahal, malah ia juga mempunyai kesan sampingan setelah selesai rawatan dilakukan. Menurut penyelisikan, daun durian belanda ini mengandungi bahan aktif 10 ribu kali lebih kuat berbanding proses kemoterapi dalam membunuh sel kanser.

Daun durian belanda bukan saja boleh mengubati pelbagai jenis penyakit malah ia mampu melawan jenis kanser seperti kanser paru-paru, prostat dan juga kanser payudara. Anda hanya perlukan sebanyak 10 helai daun durian belanda dan 3 cawan air panaskan sehingga mendidih. Selepas itu tapis dan sejukkan terlebih dahulu.

Minum air campuran ini setiap pagi selama tiga hingga empat minggu bagi melihat keberkesanannya.

2. Merawat Gout

Tahukah nada, makan daun sieih juga boleh merawat sakit gout. Anda juga boleh ambil sebanyak 6 hingga 10 keping daun durian belanda yang masih hijau dan bersih. Kemudian rebuskan dengan 2 gelas air dan biarkan mendidih. Pastikan anda minum air herba ini sebanyak dua kali sehari semasa waktu pagi dan petang bagi melihat keberkesanannya.

3. Merawat Sakit Belakang

Jika terlalu kerap menggunakan bahan kimia bagi mengubati masalah sakit belakang, ia mungkin boleh mendatangkan kesan sampingan. Namun dengan daun durian belanda yang merupakan sejenis daun herba yang sangat berkesan bagi merawat sakit belakang tanpa memberikan kesan negatif. Rebuskan sebanyak 20 keping daun durian belanda dengan 5 cawan air. Minum 3/4 cawan ramuan ini sekali sehari bagi rawatannya.

4. Merawat Ekzema Dan Rheumatism

Rheumatism selalunya boleh dirasai pada golongan tua dan itu yang menyebabkan mereka rasa sakit yang melampau. Daun durian belanda boleh digunakan sebagai cara semulajadi bagi mereka yang menghidap arthritis. Hanya campurkan daun durian belanda dan sapukan pada bahagian badan yang terkena dan sakit. Lakukan sebanyak dua kali sehari.

5. Merawat Kencing Manis

Bacaan kadar gula yang normal selalunya di antara 70mg sehingga 120mg. Selalu mengamalkan pemakanan dari daun sirip dikatan mampu mempercepatkan tahap gula dalam darah dalam kadar yang normal. Bahkan daun durian belanda juga boleh digunakan sebagai salah satu kaedah bagi merawat masalah kencing manis secara semulajadi.

Semoga dengan perkongsian di atas boleh memberikan anda serba sedikit panduan yang berguna bagi menangani permasalahan kanser. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*