Connect with us

Uncategorized

Rahsia: Kini Perlis lancarkan e-Book kongsi rahsia perangi COVID-19

Published

on

KANGAR: Perlis pada Isnin melancarkan sebuah buku secara digital bertajuk Rahsia Perlis Perangi COVID-19, yang memaparkan pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan negeri dalam memerangi wabak COVID-19 sejak awal tahun 2020 lagi.
Setiausaha Kerajan Negeri Azman Mohd Yusof berkata buku itu merekodkan usaha serta pengalaman kerajaan negeri menghadapi musuh tidak kelihatan, yakni virus COVID-19, dan kerajaan negeri bercadang untuk menerbitkannya dalam bentuk bahan bercetak tidak lama lagi.
Katanya di awal penularan wabak itu dalam negara, tiada siapa dilihat mempunyai pengalaman dalam menghadapi bencana sedemikian, namun dengan adanya kefahaman yang jitu dalam kalangan agensi kerajaan, pihak swasta dan masyarakat, langkah-langkah menanganinya dapat dilaksanakan dengan cara terbaik.
“Apa yang dihasilkan hari ini merupakan peristiwa bersejarah untuk dijadikan rujukan pada masa hadapan, sekiranya berlaku bencana umpama ini di masa akan datang, maka kita telah ada satu bahan yang boleh dijadikan rujukan,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata buku itu juga mengupas kerjasama antara kerajaan, pihak swasta dan masyarakat dalam memerangi COVID-19, dan kejayaan kerajaan negeri membendung penularan wabak COVID-19 perlu dirakam agar boleh dijadikan sebagai rujukan pada masa hadapan.
— BERNAMA

SEJARAH NEGERI PERLIS

Negeri Perlis Sejarah asalnya sebahagian daripada kerajaan lama Kedah.  Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.  Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.

Pada tahun 1909,Siam menyerahkan Perlis kepada pihak Britain. Perlis berada di bawah pendudukan Jepun pada tahun 1941 semasa Perang Dunia Kedua. Setelah Jepun berundur dari Malaya, Perlis diletakkan di bawah Pentadbiran Tentera British.Pada bulan Oktober 1945, British dibentangkan rancangan untuk Malayan Union. Di bawah skim ini, Pulau Pinang, Melaka dan sembilan lain negeri-negeri Melayu adalah untuk bersatu di bawah Malayan Union. Pembangkang Melayu untuk rancangan British untuk membentuk Malayan Union menjadi pemangkin gerakan untuk kemerdekaan. Persekutuan Melayu telah ditubuhkan pada 1 Februari 1948 dan pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan

Perlis suatu masa dahulu


Muzium Kota Kayang yang menyimpan pelbagai Artifak sejarah negeri Perlis


ASAL-USUL NAMA PERLIS

asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas. Terdapat banyak kisah atau andaian yang menceritakan tentang asal-usul nama Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian atau kisah yang diketahui:-

  • Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaituHaji Buyong Adil, terdapat beberapa cerita yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu berasal daripada perkataan Siam iaitu “Phrau Loi” (Maphrau Loi) yang bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi ‘pereleh’ atau Perlis.
  • Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi Perlis.
  • Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya daripada nama sebuah kubur di Bukit Mengulang iaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama yang terkemuka diNusantara iaitu Tok Perlis.
  • Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘perlus’. Kebanyakan tanah dalam di Perlis ialah tanahsawah. Pada musim kemarau, tanah sawah akan merekah. Sesiapa yang berjalan akan ‘terperlus’. Dari perkataan ‘perlus’ itulah, Perlis mendapat namanya.
  • Menurut sebuah buku yang tulis olehAhmad Ismail dan Yazid Mat, dipercayai bahawa nama negeri Perlis berasal daripada nama sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok perlis. Pokok ini dahulunya tumbuh dengan begitu banyak di negeri tersebut, terutama sekali di kawasan pinggir sungai. Kini, pokok perlis ini telah pun pupus.

Meskipun terdapat banyak kisah atau andaian tentang asal-usul nama negeri Perlis, kebanyakan sejarawan percaya bahawa negeri Perlis dinamakan bersempena dengan nama pokok perlis.

baca lagi:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING TOP