Ini Yang Perlu Kita Belajar Daripada Kisah Jon Jandai. ‘Hidup Itu Mudah, Kenapa Dibuat Susah?’

0 707

Apa yang kita boleh belajar daripada kisah Jon Jandai? Sejak kecil, Jon Jandai percaya beliau diajar bahawa kejayaan diukur dengan nilai kekayaan yang dimiliki.

Untuk menjadi berjaya seperti yang masyarakat percaya, Jon Jandai merasakan bahawa beliau tiada pilihan lain, melainkan pergi keluar berhijrah ke bandar Bangkok dan mencari pekerjaan.

Di usia 18 tahun, Jon Jandai berhijrah ke bandar Bangkok tanpa ada sijil pendidikan tinggi daripada universiti elit dan mencari pekerjaan yang beliau boleh lakukan antaranya bekerja sebagai pengawal keselamatan, pekerja kilang dan pekerja buruh binaan.

Jon Jandai

Walau sesusah mana pun kerja beliau, beliau tetap akan cuba sedaya upaya melakukannya untuk mendapatkan wang.

Hasil hidup menumpang di kuil dan makan makanan percuma sahaja, beliau berjaya mengumpul wang dan memasuki kolej seterusnya menyambung pengajian di Fakulti Undang-Undang Universitui Ramkhamhaeng.

Selepas tujuh tahun hidup di Bangkok, Jon Jandai mula menyoal dirinya tentang apa yang beliau percaya dengan kejayaan.

“Aku tak pernah ada makanan yang cukup untuk makan atau duit yang cukup untuk disimpan dan aku tidak bahagia dengan kehidupanku.

Adakah ini bermakna impian Bangkok aku adalah satu kegagalan?”

Jon Jandai Pulang Ke Kampung

Sedar bahawa kehidupannya di Bangkok tidak membentangkan kejayaan yang beliau jangkakan, Jon Jandai meninggalkan pekerjaannya dan berhenti belajar di kolej dan balik semula ke kampung halamannya di Yasothon.

Beliau merasakan hidup sebagai petani adalah salah satu kehidupan bahagia yang beliau inginkan biarpun hasil yang beliau dapat tidak sebanyak di Bangkok.

Menyangkakan hidup dikelilingi keluarga di kampung halaman lebih mudah, Jon Jandai akhirnya sedar yang keadaan di rumahnya sudah tidak sama lagi.

“Petani tidak dapat menikmati makanan yang bagus kerana mereka perlu berjimat untuk pelaburan kepada penanaman padi. Sementara pengilang mampu makan daging ayam, petani hanya mampu untuk mendapatkan kaki ayam.

Kehidupan jenis apa ini?”

Bermula dari itulah beliau mula mencari bahagia yang diinginkan dan kisah kejayaannya bermula.

Empat tahun bekerja (1993-1997), Jon Jandai berjaya menyimpan wang yang cukup untuk mencapai impiannya memiliki rumah sendiri di mana beliau tinggal di sana dan boleh bercucuk tanam.

Pada tahun 1997, beliau dijemput rakannya untuk melawat New Mexico di Amerika Syarikat dan terinspirasi dengan keunikan rumah bata.

Jon Jandai

Belajar lebih banyak teknik untuk membina rumah bata di sana sebelum pulang ke Thailand, Jon Jandai membina sebuah rumah bata untuk beliau tinggal bersama keluarganya.

“Aku menyedari hanya enam bulan diperlukan untuk siapkan sebuah rumah dan ada seumur hidupku untuk menikmati kehidupan dalam rumah ku sendiri berbanding dengan orang lain yang memerlukan lebih 30 tahun untuk membayar hutang pinjaman rumah sebelum mereka boleh memilikinya.”

Meninggalkan tanaman padi dan beralih kepada penanaman sayuran untuk hasil makan rumahnya, Jon Jandai mula menanam 50 jenis sayur-sayuran dengan lima setiap satu jenis untuk bereksperimen sama ada beliau mampu hidup hanya dengan bergantung keppada produk sayurannya tanpa perlu membeli dari pasar.

Hasilnya, untuk pertama kalinya sayuran yang beliau petik cukup untuk dimakan enam ahli keluarganya. Selepas tiga bulan, ada lebihan daripada tanaman dan beliau jual di pasar berdekatan rumahnya dan mendapat pulangan antara 200 hingga 500 Baht sehari.

Dengan bekerja satu jam sehari (berbanding di Bangkok selama lapan jam sehari) beliau dapat menikmati kehidupan bersama keluarganya dan itulah yang beliau cari selama ini.

Jon Jandai

Pendapatannya semakin bertambah apabila semakin ramai yang berminat dengan rumah batanya dan meminta beliau membinanya untuk mereka.

Hanya belajar daripada buku tanpa bergantung kepada bahan-bahan mahal, 70% daripada pelanggan yang meminta Jon Jandai untuk membina rumah bata adalah orang asing.

Kejayaan demi kejayaan dicapai, Jon Jandai tidak menerima wang sebagai bayaran apabila dipanggil sebagai penceramah. Beliau hanya meminta untuk dibekalkan wang pengangkutan sahaja.

Tonton kisah Jon Jandai di TEDx TALK di pautan bawah:

Sumber:

  1. Bangkok Post
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.