Connect with us

Info Kerjaya

KWSP Akaun 2 – Cara keluarkan duit dari Akaun 2

Published

on

KWSP Akaun 2

Bagaimana hendak mengeluarkan wang KWSP akaun 2?

Secara umumnya , ramai yang menganggap duit KWSP hanya boleh dikeluarkan sewaktu mencapat umur pensaraan ataupun pembiayaan untuk pembelian rumah sahaja. Sedangkan pengeluaran simpanan KWSP tidak terhad kepada hal tersebut sahaja.Pencarum dalam KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran simpanan KWSP lebih awal mengikut jumlah had pengeluaran tertentu berdasarkan kelayakan meskipun belum mencapai umur persaraan.Terdapat pelbagai jenis pengeluaran yang ditetapkan oleh pihak Kumpulan Simpanan Wang Pekerja.Namun begitu, pencarum hendaklah mematuhi syarat syarat dan kelayakkan mengikut jenis pengeluaran tertentu.

Permohonan i-Lestari Online Pengeluaran Duit KWSP RM500 Sebulan (Akaun 2)

INFO TERKINI: PENGUMUMAN PENGELUARAN KWSP AKAUN 2 AKIBAT COVID-19

Berikut adalah pengumuman terkini oleh Perdana Menteri mengenai pengeluaran KWSP Akaun 2 akibat COVID-19
Kerajaan telah mengumumkan kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion
Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh melakukan pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 tertakluk kepada:

  • Kadar Maksimum RM500 sebulan
  • Untuk tempoh selama 12 bulan iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021

Mereka yang layak membuat pengeluaran i-Lestari adalah :-

  • Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
  • Berumur di bawah 55 tahun
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
  • Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)

Permohonan boleh dilakukan mulai 1 April 2020 secara online dan pos

  • Secara pos/ pos berdaftar ke alamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya dengan catatan (UP : iLestari).pada bahagian hadapan sampul surat

Permohonan juga boleh dilakukan secara online pada 1 April 2020

  • Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun) dan i-Lestari online

Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang ke dalam akaun bank ahli
Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020 dan ahli KWSP akan menerima bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021

PENGURANGAN KADAR CARUMAN KWSP KEPADA 7% AKIBAT COVID-19

Terdahulu Perdana Menteri telah mengumumkan pengurangan kadar caruman KWSP daripada 11% kepada 7% akibat COVID-19
Pengurangan sebanyak 4% yang berkuatkuasa bermula April 2020 secara automatik membolehkan para pekerja mempunyai wang lebih dalam poket masing-masing bagi membeli barang-barang keperluan harian

Baca juga cara mohon ebantuan JKM |Permohonan & Pendaftaran

Maklumat tambahan

Anda boleh memohon mengunakan 2 kaedah seperti dibawah:

  • Online (e-Pengeluaran melalui i-Akaun) – Muat Turun Aplikasi i-Akaun
  • Isi permohonan online dilaman web rasmi i-lestari

* Ahli perlu memohon sekali sahaja untuk menjejaskan pembayaran bulanan berulang ke dalam akaun perbankan ahli.

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi butiran berikut atau klik pautan disini :

Telefon 03 – 8922 6000

Faks 03 – 8922 6222

Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 6.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)


RESUME PERCUMA

Sebelum membuat permohonan, apa kata anda siapkan RESUME anda telebih dahulu. Taip resume di dalam kotak carian dibawah dan tekan simbol mangifier. Kami telah sediakan contoh resume terbaik untuk anda.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING TOP