KWSP Kadar Caruman – Cara kira Caruman Terkini

0 238

KWSP Kadar Caruman – Apakah cara untuk mengira caruman terkini? Portal Jawatan.Org akan menerangkan kepada anda .

SEDIKIT MENGENAI KWSP

Ditubuhkan pada tahun 1951, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang paling besar di dunia. Peranan KWSP adalah untuk membantu tenaga kerja Malaysia dalam menabung demi persaraan mereka selaras dengan akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

Untuk memperoleh faedah-faedah dari KWSP atau EPF, majikan bertanggungjawab untuk melakukan bayaran caruman untuk pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan. Majikan hendaklah memastikan bahawa caruman bulanan pekerja dipotong dengan betul daripada gaji bulanan dan bayaran dilakukan kepada KWSP. Bayaran caruman KWSP dapat dilakukan dengan lebih mudah melalui akses dalam talian (online).

Buat makluman semua, cara pengiraan kadar caruman KWSP & SOCSO dilakukan berdasarkan jadual yang disediakan oleh KWSP dan SOCSO itu sendiri. Untuk KWSP, majikan perlu membayar caruman untuk ubah bulanan pada atau sebelum 15 haribulan bagi bulan berikutnya. Sebagai contoh, gaji masuk pada bulan Mac 2019 maka bulan caruman adalah April 2019 dan perlu dibayar pada atau sebelum 15 April 2019. Syer pekerja dan majikan hendaklah dibayar kepada KWSP. Syer pekerja boleh dipotong daripada gaji pekerja.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN KWSP KADAR CARUMAN?

Caruman bermaksud sejumlah wang yang dicarumkan kepada KWSP berdasarkan gaji bulanan seseorang pekerja. 

Caruman bulanan ini akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP pekerja berkenaan.

Caruman KWSP pekerja terdiri daripada caruman bahagian pekerja dan caruman bahagian majikan.

Caruman bahagian pekerja ialah sebahagian daripada gaji pekerja yang  dicarumkan di KWSP. 

Caruman bahagian majikan pula ialah jumlah wang yang diberikan oleh majikan berdasarkan gaji pekerja untuk disimpan di KWSP.

Caruman KWSP boleh dibayar dalam bentuk:

  •  Tunai
  • Wang pos
  •  Cek
  • Perbankan internet
  • Pemindahan dana secara elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT)
  • Draf bank
  • Cara-cara lain yang dibenarkan oleh KWSP

Selain caruman, KWSP juga menyediakan beberapa kemudahan pengeluaran untuk anda.

Kemudahan-kemudahan pengeluaran ini adalah terdiri daripada Pengeluaran Sebelum Persaraan dan Pengeluaran Persaraan.

Pastikan anda baca: 17 Jenis Pengeluaran KWSP

Pengeluaran Sebelum Persaraan membenarkan anda mengeluarkan simpanan sebelum anda mencapai umur persaraan.

Tujuannya ialah untuk membantu anda membuat persediaan untuk persaraan anda nanti.

Manakala Pengeluaran Persaraan pula membenarkan anda mengeluarkan simpanan setelah anda mencapai umur persaraan.

Selain daripada kemudahan pengeluaran, KWSP juga ada menyediakan kemudahan pengeluaran pelaburan untuk ahli KWSP.

Cara – Cara Pengiraan

Berikut dikongsikan cara pengiraan kadar caruman KWSP atau EPF dan kadar caruman PERKESO (SOCSO) yang terkini

Untuk makluman semua, kadar caruman syer KWSP pekerja kini adalah 7% manakala majikan adalah 13%.Akan tetapi ,kadar ini terkecuali bagi pekerja yang menerima upah melebihi RM 5000 dengan kadar caruman daripada majikan sebanyak 12%.

Kadar caruman bulanan yang dinyatakan ini hendaklah terpakai bagi pekerja yang berikut sehingga pekerja itu mencapai umur enam puluh tahun:

  • pekerja yang merupakan warganegara Malaysia;
  • pekerja yang bukan warganegara Malaysia tetapi merupakan pemastautin
    tetap di Malaysia; dan
  • pekerja yang bukan warganegara Malaysia yang memilih untuk mencarum
    sebelum 1 Ogos 1998.

Berbeza bagi pekerja berumur atas daripada 60 tahun ,mereka tidak mempunyai syer caruman sementara majikan perlu membayar 4% syer caruman mereka.

Jumlah caruman yang termasuk wang sen hendaklah digenapkan kepada ringgit yang berikutnya.

Maklumat asal ini telah diambil menurut sumber daripada laman web rasmi KWSP yang telah dikemas kini 2 JUN 2020.

Baca juga – KWSP Akaun 2 – Cara Keluarkan duit dari Akaun 2

Info lebih lanjut mengenai KWSP Kadar Caruman

Sila terus ke laman web ini untuk melihat maklumat penuh berkenaan kadar caruman.

Telefon 03 – 8922 6000

Faks 03 – 8922 6222

Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 6.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.