Ibu bukan musllim hadiahkan sebidang tanah kepada 2 anaknya yg Muslim utk buat surau.
Kasih ibu tiada tandingannya. Ini kisah hebat dari Kg Gorowot, Kuala Penyu, Sabah. Perbezaan agama tidak menghal4ng seorang ibu Puan Juslian binti Ungkim untuk menghadiahkan sebidang tanah kepada 2 anaknya yang sudah memeluk Islam untuk dijadikan tapak surau.

Surau tersebut yang diberi nama Saad Abi Waqas, diusahakan oleh 2 orang anak lelakinya yang telah memeluk Islam. Bahkan, dia dan suaminya turut membantu kerja-kerja membersih dan meratakan tapak surau.

Kesungguhan Encik Chong Kun Wah, ayah kepada 2 anak yang sudah bersyahadah tersebut bagaimanapun telah mengalami sedikit keceder4an – patah kaki ketika membuat kerja menebang pokok untuk tapak surau ini.

Tahniah! Kepada keluarga ini. Saya dan YADIM bertekad untuk membantu yang termampu agar pembangunan ini dapat direalisasikan. Mari kita sama-sama berdoa agar kedua ibu bapa muallaf ini dikurniakan hidayah oleh Allah suatu hari nanti…
Sumber: Samin Ongki
selain itu, ada lagi tauladan boleh dicontohi seperti ini:baca lagi
Seorang bapa yang mempunyai lima anak ingin mengagihkan pemberian tanah pusaka miliknya kepada tiga anak sahaja.
Dia membuat keputusan tidak memberikan tanah pusaka itu kepada dua lagi anak lelakinya kerana menyatakan mereka sudah mempunyai tanah sendiri dan beberapa harta lain.
Berdasarkan hukum faraid, adakah tindakan itu dibolehkan iaitu mengecualikan pemberian atas alasan sedemikian?
Lukman
Pandan Indah, Ampang
Harta pusaka bermaksud sesuatu yang ditinggalkan si mati daripada harta benda dan hak yang akan diwarisi oleh ahli waris disebabkan kematian pewaris.
Menurut Seksyen 2 Akta Probet dan Pentadbirann 1959 di dalam tafsirannya mendefinisikan harta bermaksud meliputi sesuatu benda dalam tindakan dan apa-apa kepentingan dalam harta alih dan harta tak alih.
Maksud harta pusaka menurut seksyen berkenaan bererti semua harta yang jika seseorang mati tidak berwasiat akan terletak hak pada Hakim Besar.
Oleh itu, harta pusaka wujud apabila berlakunya kematian si pemilik harta dan harta yang ditinggalkannya boleh diwarisi oleh waris yang berhak.
Faraid pula adalah satu kaedah pembahagian harta pusaka sebagaimana diputuskan di dalam al-Quran.
Ia diperoleh daripada seseorang yang meninggal dunia dan meninggalkan waris yang layak menerima harta pusaka mengikut hukum syarak selepas diuruskan jenazah si mati, dibayar hutang piutangnya dan dilaksanakan wasiatnya (sekiranya ada).
Kemudiannya harta itu dibahagikan mengikut kadar yang ditetapkan atau secara permuafakatan. Walau bagaimanapun, hak faraid seseorang boleh gugur apabila ahli waris itu membunuh.
Sebagaimana hadis diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud: “Tidak mewarisi orang yang membunuh itu sesuatu.”
Hak faraid juga boleh gugur dalam keadaan waris si mati berlainan agama. Sebagaimana hadis daripada Usamah bin Zaid, sesungguhnya Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: “Orang Islam tidak mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak mewarisi orang Islam.”
Bagaimana pula jika si pemilik harta masih hidup dan membuat pembahagian ke atas hartanya?
Harta yang dimiliki pemiliknya tidak boleh dikategorikan sebagai harta pusaka kerana si pemilik masih hidup.
Pembahagian atau pemberian yang dibuat si pemilik ketika hidup disebut sebagai perancangan atau pengurusan harta.
Perancangan harta dalam Islam bermaksud pengurusan harta yang sah dan berkesan dari segi undang-undang dan hukum syarak dalam bentuk pengurusan harta seseorang.
Ia bukan sekadar mengurangkan kebimbangannya, bahkan untuk melaksanakan hasrat terakhir seseorang mengikut hukum syarak selepas kematiannya.
Kaedah pengurusan harta itu boleh dibuat sama ada memberi secara hibah, wasiat, wakaf, sedekah, amanah atau harta sepencarian.
Perancangan harta itu sangat digalakkan ke atas setiap orang Islam pada masa ini. Terlalu banyak kes atau tuntutan dibuat di mahkamah disebabkan masalah pembahagian harta pusaka.
Kebanyakannya menimbulkan perselisihan faham dan pertelingkahan berpanjangan. Antara kebaikan membuat perancangan harta adalah bagi mengelakkan masalah pada harta pusaka.
Ia bagi memastikan harta dibahagikan kepada orang tersayang dan dapat mengelakkan pertelingkahan antara ahli keluarga.
Dalam masalah pembaca minggu ini, tindakan bapa yang membuat pembahagian atau pemberian harta yang dimilikinya kepada anak tertentu adalah salah satu kaedah perancangan harta yang dianjurkan Islam.
Ia tidak menyalahi mana-mana hukum atau undang-undang kerana harta itu hak miliknya yang sempurna.
Beliau berhak melakukan apa sahaja ke atas harta itu. Pengagihan tanah tertentu kepada tiga daripada lima anaknya itu termasuk dalam pengurusan harta secara hibah.
Hibah adalah pemberian atas dasar kasih sayang dan tanpa mengharapkan balasan daripada penerima.
Penerima tanah itu terdiri daripada waris sah bapa dan tiada halangan untuk menjadi penerima hibah harta.
Apabila bapa meninggal dunia kelak, tanah yang diberikan kepada tiga anak itu tidak lagi termasuk dalam istilah harta pusaka yang perlu diselesaikan haknya serta dibahagikan menurut hukum faraid.
Sekiranya masih ada harta tertinggal selepas bapa meninggal dunia, maka harta itu akan diselesaikan haknya dan akhir sekali diselesaikan secara pembahagian faraid.
Harta yang dihibahkan tidak boleh dipertikaikan lagi oleh dua beradik yang tidak mendapat hibah berkenaan.
Ini kerana pemberian itu sudah sempurna menurut rukun dan syaratnya.
Penulis ialah peguam syarie
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri dan ini adalah sekadar perkongsian sahaja.Ribuan Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda kepada kami.OKTHXBYE