Langkah Kemaskini: Lupa Kata Laluan (Password) / ID i-Akaun KWSP

LUPA ID KWSP / PASSWORD / KATA LALUAN I-AKAUN

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur di bawah 55 tahun boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra bermula 12 Julai 2021 melalui icitra.kwsp.gov.my, tiga hari lebih awal daripada tarikh jangkaan asal.

Bagi memudahkan ahli mengemukakan permohonan dalam talian i-Citra, ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP), di samping mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran tersebut.

i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam kedua-dua Akaun 1 dan 2. Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar secara sehingga lima kali bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan. Pembayaran pertama i-Citra dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula dari bulan Ogos 2021.

Pengeluaran i-Citra ini diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021, sebagai inisiatif jangka masa pendek bagi membantu ahli yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik COVID-19, serta mengimbangi keperluan hari ini dan masa depan ahli.

Akaun KWSP
Sumber: ASK ELYA (EPF Chatbot)

Lupa ID & Kata Laluan i-Akaun KWSP

Jangan risau jika anda lupa ID atau Kata Laluan untuk log masuk ke i-Akaun KWSP anda.

 

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mengemaskini kata laluan anda.

  1. Klik laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login untuk login (ahli)
  2. Klik pada menu Lupa ID Pengguna / Kata Laluan
  3. Anda akan dibawa ke halaman seperti dalam gambar tangkap layar di bawah. Sila masukkan maklumat yang diperlukan.
  4. Klik Permohonan Nombor TAC
  5. Masukkan nombor TAC yang diterima melalui SMS
  6. Klik Seterusnya
  7. Masukkan Kata Laluan Baharu
  8. Klik Hantar
lupa id kata laluan kwsp

Anda akan dapat mengakses i-Akaun anda seperti biasa selepas ini.

Baca juga: i-Citra KWSP: Syarat & Cara Permohonan (Dibuka Mulai 12 Julai 2021)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan i-Citra serta cara-cara membuat permohonan, ahli boleh merujuk laman komunikasi rasmi KWSP melalui saluran berikut:

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my ATAU  https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra
  2. Ask ELYA (EPF Chatbpt) di laman web rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia
  4. Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
  5. Permohonan Janji Temu Online KWSP & Waktu Operasi Mulai 1 Julai 2021

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*