Connect with us

info

Kemudahan moratorium bank bermula hari ini

Published

on

PELBAGAI usaha dilakukan oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 termasuk memberikan moratorium bank .
Selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, semua kumpulan B40; M40 dan T20; perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan mikro boleh memohon moratorium selama enam bulan.
Dan berita baik, permohonan tersebut dibuka secara rasmi mulai hari ini!
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan pemohon tidak perlu bimbang kerana permohonan untuk mendapatkan moratorium atau lain-lain pakej bayaran balik pembiayaan adalah mudah dan dokumen sokongan tidak diperlukan.
Jurucakap BNM menjelaskan, faedah keuntungan hanya akan terakru (diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman yang tertangguh.
“Bank-bank dikehendaki memberikan penerangan kepada peminjam mengenai kesan pengambilan bantuan bayaran balik pinjaman terhadap jumlah bayaran ansuran dan tempoh pembiayaan.
“Apabila peminjam memohon untuk mendapatkan bayaran ansuran yang lebih rendah (dan bukan mengekalkan bayaran ansuran yang asal) selepas moratorium, hal ini boleh menyebabkan tempoh pinjaman mereka menjadi lebih panjang.
“Bank tidak akan mengenakan caj faedah ke atas faedah atau keuntungan atas keuntungan iaitu faedah/keuntungan terkompau, atau apa-apa faedah/keuntungan penalti sepanjang tempoh bantuan,” katanya.
BACA: Moratorium: Tiada caj faedah atau keuntungan terkompaun sepanjang tempoh bantuan – BNM
BNM turut memberi jaminan bahawa Rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) peminjam tidak akan terjejas akibat penerimaan apa-apa bentuk bantuan bayaran balik pinjaman pada 2021.
Sementara itu, BNM menerusi kemas kini di laman sosial rasmi mereka pada Selasa memaklumkan terdapat tiga saluran untuk membuat permohonan moratorium iaitu borang web, emel serta panggilan telefon.

Institusi kewangan itu turut menyarankan mana-mana individu yang berdepan kesulitan untuk menghubungi bang masing-masing boleh memaklumkan kepada mereka melalui pautan bnm.my/RAsurvey.

Berikut Astro AWANI sertakan pautan institusi bank bagi permohonan moratorium:
1. Moratorium Maybank
https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/announcements/2020/March/announcement_financial_relief_scheme.page
2. Moratorium Bank Rakyat
https://cv19-support.bankrakyat.com.my/
3. Moratorium Bank Islam
https://vao.bankislam.com.my/ppb/
4. Moratorium CIMB
https://www.cimb.com.my/covid19support
5. Moratorium BSN
https://www.bsn.com.my/page/TRA
6. Moratorium Public Bank
https://www.pbebank.com/Others/COVID-19.aspx
7. Moratorium AmBank
https://www.ambank.com.my/eng/targeted-repayment-assistance
8. Moratorium RHB
https://www.rhbgroup.com/malaysia/campaigns/PostMoratoriumEForm?_ga=2.202856849.1410897864.1622574747-1382388922.1622574747
9. Moratorium Affin Bank
https://www.affinbank.com.my/Others/Financial-Assistance-Instalment-Relief-(FAIR)-Prog.aspx?lang=ms-MY
10. Moratorium MBSB
https://www.mbsbbank.com/bm/notices/moratorium
11. Moratorium Bank Muamalat
https://map.muamalat.com.my/
12. Moratorium Kuwait Bank
https://www.kfh.com.my/malaysia/personal/announcements/KFH-RAP.html
13. Moratorium Citibank
https://www.citibank.com.my/english/forms/moratorium-restructure-V2/index.html
14. Moratorium Alliance Bank
https://www.allianceonline.com.my/personal/loan_moratorium/loan_moratorium.do
15. Moratorium Agrobank
https://www.agrobank.com.my/my/bbb/
16. Moratorium Hong Leong Bank
https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/news-updates/hlb-payment-relief-assistance-plan.html
17. Moratorium SME Bank
https://smebank.com.my/en/financing-payment-assistance
18. Moratorium Standard Chartered Bank
https://www.sc.com/my/important-information/covid-19/
19. Moratorium Al Rajhi Bank
https://www.alrajhibank.com.my/page/financial-relief/financial-assistance
20. Moratorium UOB Bank
https://www.uob.com.my/default/covid-updates/covid-relief-assistance.page
21. Moratorium OCBC Bank
https://www.ocbc.com.my/personal-banking/Loans/moratorium/index.html
22. Moratorium PTPTN
https://www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0/

Bank Rakyat menawarkan bantuan moratorium selama enam bulan kepada pelanggannya bermula hari ini, selaras dengan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan, berkata, tawaran itu terbuka kepada pelanggan individu daripada golongan B40, M40 dan T20, semua perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Tiada dokumen diperlukan dan semua permohonan akan diberi kelulusan automatik sebaik sahaja diterima, tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

“Selain itu, rekod laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pelanggan juga tidak akan terjejas sekiranya mereka memilih untuk menangguhkan bayaran pembiayaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Syed Abdul Aziz berkata, moratorium automatik terbabit hanya ditawarkan untuk pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Julai 2021 dan tidak tertunggak lebih daripada 90 hari pada tarikh permohonan moratorium diserahkan kepada bank.

Beliau menjelaskan, bantuan kewangan termasuk kemudahan moratorium yang disediakan oleh institusi kewangan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) dan kerajaan sedikit sebanyak meredakan kesan buruk yang melanda seluruh lapisan masyarakat terutamanya golongan yang tidak berkemampuan seperti B40 serta perniagaan mikro dan PKS.

“Setakat Jun 2021, Bank Rakyat telah menerima jumlah keseluruhan sebanyak 634,043 permohonan penangguhan bayaran pembiayaan daripada pelanggan individu serta perniagaan dan dijangka dengan pakej baharu moratorium yang diperkenalkan jumlah ini akan terus meningkat sekali gus dapat membantu memulihkan aliran tunai mereka yang terkesan ketika ini,” katanya.

Sementara itu, Syed Abdul Aziz memohon pelanggan yang menghadapi kesukaran membuat pembayaran pembiayaan untuk tampil ke hadapan dengan menghubungi bank bagi mendapatkan bantuan awal dan khidmat nasihat.

“Bank Rakyat sentiasa prihatin dan komited dalam membantu pelanggan yang semakinterhimpit dengan beban kewangan lebih-lebih lagi semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengakibatkan ramai mengalami pengurangan punca pendapatan,” katanya.

Bermula hari ini, pelanggan individu dan perusahaan mikro boleh memohon bantuan moratorium melalui borang elektronik yang disediakan di https://cv19-support.bankrakyat.com.my/.

Manakala, pelanggan PKS boleh menghubungi pengurus hubungan bank atau Pusat Perniagaan Perusahaan Kecil Sederhana dan Koperasi (SME & Cooperatives (SMEC) Business Centre) bagi mendapatkan bantuan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Panggilan di talian 1300 800 800, layari laman web www.bankrakyat.com.my atau ikuti media sosial rasmi @myBankRakyat.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING TOP