Now My Name Is Zizan Rumma

Kuala Lumpur : Gara-gara wajah seiras penjaga gol pasukan Itali, Gianluigi Donnarumma, Instagram pelakon Zizan Razak dihujani usikan pengikutnya yang mengucapkan tahniah atas kejayaan Itali menjuarai Euro 2020 menewaskan England.

Lebih manis, kejayaan Itali dicapai menerusi kehebatan penjaga gol berusia 22 tahun ini yang berjaya menyelamatkan tendangan penalti sekali gus menghadiahkan kejuaraan buat pasukannya.

 

 

“Nama saya sekarang ialah Zizan Rumma. Semua orang kenal saya. Saya adalah penjaga gol Itali. Ramai yang ucap tahniah kepada saya,” katanya menerusi sesi bicara langsung dibuat di Instagram, pagi ini.

Zizan yang kini dalam perjalanan ke Terengganu untuk sesi bantuan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) turut mengajuk gaya percakapan orang Itali sehingga membuatkan peminatnya terhibur.

“Hari ini saya berada di Terengganu. Persiapan sudah dijalankan. Ada beberapa buah rumah yang layak, bakal dikunjungi. Hari ini ada insan istimewa.
 
“Dia menerima kehadiran saya bersama pasukan Mapim. Kami nak buat sedikit bantuan. Tunggu update (kemas kini) saya yang seterusnya,” katanya.

Sesi bicara langsung Zizan di Instagram itu mendapat 43,000 tanda suka daripada peminat yang mengikutinya.

Sementara itu, Donnarumma mula menjadi perhatian apabila beraksi cemerlang sepanjang kejohanan terbesar Eropah ini.

Dia semakin menjadi perhatian apabila membantu Itali mara ke pentas ‘final’ Euro 2020 menerusi penentuan sepakan penalti dengan kemenangan pasukannya

mengatasi Sepanyol 4-2 di peringkat separuh akhir selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga akhir babak permainan.

 

Sumber : harianmetro

 

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri dan ini adalah sekadar perkongsian sahaja.Ribuan Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda kepada kami.OKTHXBYE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*