Pemilik Kebun Beri Pengajaran Agar Tupai Jangan Makan Buah Tanpa Izin Beliau

0 48

Tupai adalah salah sejenis haiwan mamalia yang selalu berada atas pokok, serta sumber makanan terbesarnya adalah buah-buahan. Kehadiran tupai ke kebun amat tidak disukai oleh pemilik kebun, tidak dinafikan bagi sesetengah pemilik kebun buah, tupai dianggap sebagai musuh kerana sering mencuri buah-buahan di kebun tersebut.

Tular di media sosial perbuatan yang amat mengejutkan ramai orang, sekeping gambar telah di muat naik di lama Facebook Animal Malaysia.

Gambar seekor tupai diikat kerana telah memakan buah durian di kebun, tupai ini dikenakan denda dan diberi pengajaran oleh pemilik kebun supaya tidak melakukan kesalahan yang sama untuk makan durian lagi.

Lebih menyedihkan, Animal Malaysia memberitahu gambar itu berlaku di Malaysia, perbuatan seperti itu dilakukan di Malaysia. Ini bukanlah cara yang terbaik untuk mengajar tupai supaya insaf dan tidak mengambil makanan di kebun kerana memang fitrah tupai untuk mendapatkan makanan.

Tindakan mengikat tupai bukannya mengajar tetapi menakutkan haiwan comel itu dan perbuatan itu tak sepatutnya dilakukan oleh mana mana manusia pun terutama pada haiwan yang comel seperti tupai ini. Mana mana pemilik tupai seharusnya bersifat rasional dan tidak melakukan perkara seperti ini.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.