Connect with us

Isu Semasa

KWSP:Pendaftaran KWSP Online / Telefon Ketika Musim PKP

Published

on

Tahukah anda, dalam tempoh PKP ini, ahli boleh daftar i-Akaun secara online dan membuat semakan baki Akaun 1 dan Akaun 2 tanpa perlu ke kaunter mahupun kios KWSP.

Caranya mudah saja, iaitu dengan membuat pengesahan pendaftaran melalui telefon.

Pendaftaran secara atas talian dan pengesahan melalui panggilan telefon akan memberikan ahli akses terhadap i-Akaun dalam bentuk View Mode.

Jom ketahui lebih lanjut tentang kemudahan ini.

pendaftaran

Apakah i-Akaun View Mode?

i-Akaun view mode merupakan akses ke paparan i-Akaun yang terhad kepada semakan maklumat sahaja.

Ahli tidak boleh membuat sebarang transaksi yang melibatkan penggunaan nombor telefon Transaction Authorization Code (TAC). Hanya semakan maklumat sahaja dibenarkan.

Cara Daftar i-Akaun View Mode Secara Online / Telefon

Pendaftaran i-Akaun (view mode) boleh dibuat dengan menghubungi Hotline KWSP di 03-89226000 (8am-5pm) untuk mendapatkan Kata Laluan Sementara dan semakan nombor ahli KWSP (ID Pengguna Sementara).

Dengan pendaftaran ini, anda boleh membuat pengaktifan i-Akaun melalui pautan: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.

Langkah-langkah:

  1. Hubungi talian Hotline KWSP di 03-89226000 (8am-5pm) dan maklumkan kepada operator KWSP bahawa anda ingin mendaftar i-Akaun View Mode.
  2. Kata Laluan Sementara dan semakan nombor ahli KWSP (ID Pengguna Sementara) akan diberi. Sila catatkan dengan teliti.
  3. Buka Portal KWSP di pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  4. Gunakan Kata Laluan dan ID Pengguna yang diberikan tadi untuk mengakses i-Akaun.
  5. Ahli boleh menukar kata laluan i-Akaun view mode dengan memastikan nombor telefon bimbit yang didaftarkan adalah aktif dan terkini.
  6. Selesai. Anda boleh menggunakan i-Akaun View Mode ini untuk menyemak baki dan kelayakan pengeluaran i-Citra.

NOTA: Tiada tempoh tamat ditetapkan untuk akses ke i-Akaun view mode ini.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan Melalui i-Akaun View Mode

Melalui pendaftaran i-Akaun (view mode), anda hanya akan diberikan akses untuk:

  • Semakan Baki Akaun
  • Semakan Caruman Semasa
  • Semakan Profil
  • Semakan Sejarah Pengeluaran
  • Semakan Kelayakan Pengeluaran
  • Push Notifications/i-Akaun Secured Inbox

Bagi membolehkan anda mendapat akses penuh kemudahan i-Akaun seperti e-Pengeluaran, reset kata laluan, cetakan penyata, Penamaan, Simpanan Shariah, i-Invest dan sebagainya, anda perlu mendaftar nombor telefon TAC melalui kios KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari.

*Sumber: Soalan Lazim i-Akaun View Mode via Portal KWSP

pendaftaran 1

Jika anda ingin mendaftar melalui kios, sila rujuk langkah di bawah.

Pengaktifan i-Akaun Melalui Kios KWSP

Untuk aktifkan i-Akaun, pengesahan cap jari ahli perlu dilakukan bagi menjana Kod Pengaktifan i-Akaun menggunakan MyKad.

Pengesahan cap jari ini boleh dilakukan di kaunter KWSP atau kiosk KWSP.

Untuk mengaktifkan i-Akaun di kios KWSP, sila ikuti langkah ini:

LANGKAH 1: Pengesahan Kad Pengenalan & Cap jari

  1. Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  2. Masukkan nombor telefon terkini (pastikan nombor telefon yang aktif) dan cap jari anda.

LANGKAH 2: Terima TAC

  • Tunggu dalam 10 saat akan keluarkan kertas yang dipaparkan nombor ID anda beserta dengan SMS kod TAC yang dihantar oleh KWSP.

LANGKAH 3: Buka Laman Web i-Akaun

  1. Sila install aplikasi i-Akaun KWSP di telefon bimbit atau pergi ke pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Masukkan nombor ID serta password.
  3. Masukkan lagi sekali nombor ID tadi dan kod TAC yang dihantar oleh KWSP.
  4. Kemudian kemaskini password baharu.
  5. Selesai

Sila rujuk: Cara Semak Baki & Daftar i-Akaun Di Kiosk KWSP (RHB, Bank Rakyat, CIMB, Maybank, UTC, Aeon dll)

kiosk kwsp i akaun

Jadi bagi yang belum sempat mendaftar i-Akaun tempoh hari, anda bolehlah mendaftar dan semak baki Akaun 1 dan Akaun 2 untuk pengeluaran i-Citra melalui cara ini.

Semoga info ini dapat membantu memudahkan urusan anda.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila ikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri dan ini adalah sekadar perkongsian sahaja.Ribuan Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda kepada kami.OKTHXBYE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING TOP