Connect with us

info

Pengeluaran i-citra KWSP Akaun 1

Published

on

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menggunakan dana simpanan di dalam Akaun 2 pemohon pengeluaran i-Citra.Ini bermaksud Pengeluaran i-citra KWSP Akaun 1 .
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan, sekiranya dana Akaun 2 tidak mencukupi, barulah pihaknya akan membenarkan pemohon mengakses Akaun 1.
BACA: PEMULIH: Pengeluaran i-Citra KWSP sehingga RM5,000, moratorium enam bulan – PM Muhyiddin
BACA SEMUA BERKAITAN PEMULIH DI SINI
“Jika anda lihat kepada pelaksanaan i-Citra, ia akan dikeluarkan menerusi Akaun 2 di mana ia merupakan akaun yang boleh diakses oleh ahli dalam siatusi tertentu seperti perumahan, perubatan, pendidikan atau sebagainya.
BACA: Jika tiada keperluan mendesak, jangan keluarkan simpanan KWSP – Penganalisis ekonomi
“Menerusi i-Citra, pengeluaran awal adalah daripada Akaun 2. Sekiranya ia tidak mencukupi – yang mana kami tahu situasi kini sangat genting, maka kami akan benarkan akses Akaun 1.
“Kami cuba mencari keseimbangan antara membantu ahli dan memastikan mereka ada dana persaraan yang mencukupi,” katanya pada sesi perbincangan ‘MIDF Conversations‘ secara maya, pada Khamis.
BACA: PEMULIH: Permohonan pengeluaran I-Citra KWSP dibuka 15 Julai
Jelasnya, keputusan untuk melaksanakan i-Citra adalah sesuatu yang sukar ekoran tujuan utama KWSP adalah untuk membantu ahli selepas persaraan.
Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan i-Citra di mana 12.6 juta ahli KWSP layak menikmati inisiatif terbabit.
Inisiatif di bawah Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) itu dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.
Beliau berkata, ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000, dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan selama lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan semasa.Pengeluaran i-citra KWSP Akaun 1 .
sumber:astroawani
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri dan ini adalah sekadar perkongsian sahaja.Ribuan Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda kepada kami.OKTHXBYE.

I-Citra: Simpanan Akaun 2 Akan Diguna Terlebih Dahulu, Jika Tak Cukup Akan Guna Simpanan Akaun 1 Pula.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) menerusi laman Twitter rasmi mereka sebentar tadi berkongsikan maklumat mengenai akaun simpanan yang akan digunakan untuk pengeluaran i-Citra.
Menurut KWSP, bayaran i-Citra akan menggunakan simpanan dalam akaun 2 terlebih dahulu dan sekiranya tidak mencukupi, simpanan dalam akaun 1 pula akan digunakan.
Memetik contoh yang diketengahkan bagi seseorang yang tidak bekerja dan mempunyai simpananRM5,150 dalam akaun 2, simpanan itu akan digunakan untuk pengeluaran i-Citra sebanyak RM5,000.Gunakan dana Akaun 2 dahulu sebelum akses Akaun 1.
Antara contoh yang lain adalah seperti berikut:
Permohonan bagi kemudahan Pengeluaran i-citra KWSP Akaun 1 boleh dilakukan pada 15 Julai ini dengan melayari pautan KWSP i-Citra.
Kata Akhirnya adalah I-Citra: Simpanan Akaun 2 Akan Diguna Terlebih Dahulu, Jika Tak Cukup Akan Guna Simpanan Akaun 1 Pula kepada semua pengeluar KWSP bagi kegunaan peribadi mahupun keluarga bagi menampung kehidupan dalam musim PKP ini dalam dunia pendemik covid-19 ini yang sedang berleluasa.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai i-Citra, anda boleh melayari laman web INI.

Sumber: KWSPsiakapkeli.my

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri dan ini adalah sekadar perkongsian sahaja.Ribuan Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda kepada kami.OKTHXBYE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING TOP