Mungkin ramai yang masih tidak tahu.Pelajar boleh belajar secara atas talian.Lagi lagi apabila COVID 19 melanda.Semua sekolah diminta tutup dan segala aktiviti pembelajaran konvensional dihalang .Jadi,pembelajaran secara talian digesa di sekolah sekolah .Tetapi,kebanyakkan pelajar di Malaysia adalah golongan B40.
Telefon Bimbit Percuma Kepada Pelajar golongan B40 | YTL Foundation dengan kerjasama YES juga FrogAsia telah menyediakan data mudah alih serta bahan pembelajaran secara atas talian dengan percuma kepada semua pelajar yang berdaftar di sekolah kerajaan di seluruh Malaysia. Hal ini dapat membantu pelajar pelajar menyambung aktiviti pembelajaran sewaktu wabak covid 19 ini.
Portal jawatan.org akan menerangkan serba sedikit mengenai program yang telah disediakan ini.
Pelajar B40
Seperti sedia maklum,pelajar B40 adalah pelajar dari isi rumah berdapatan kategori B40 yang menerima bantuan prihatin nasional .Golongan pelajar seperti ini kurang bernasib baik apabila segelintir daripada mereka tidak mempunyai telefon bimbit.Diwaktu wabak COVID 19,pembelajaran disekolah akan tetap diteruskan dengan secara talian.Jadi,ia menjadi masalah utama untuk pelajar mengikuti sesi kelas atas talian tanpa alat komunikasi .
Telefon Bimbit Percuma
Pihak YTL bakal memberikan bantuan dengan memberi telefon bimbit secara percuma serta lengkap dengan data sebanyak 120GB (iaitu 10GB sebulan selama 12 bulan) untuk membantu para pelajar dari keluarga B40 untuk meneruskan pembelajaran dari rumah.
Peranan Guru
Sebagai salah tenaga pengajar yang mewakili para pelajar, tumpuan para guru adalah katalis kritikal bagi mengenalpasti pelajar yang tidak mempunyai gajet untuk meneruskan sesi pembelajaran secara talian.Para guru diminta untuk peka terhadap hal ini supaya tidak ada pelajar yang tertinggal.
Jika guru tahu mana – mana pelajar yang tidak ada sebarang alat peranti di rumah dari golongan keluarga B40 sehinggakan tidak dapat meneruskan pembelajaran dari rumah, sila sertakan nama pelajar tersebut pada borang di pautan https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/
Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa digalakkan untuk peka dan menyedari kewujudan alternatif sebegini dalam pembelajaran anak anak.Mereka juga dibenarkan untuk kehadapan untuk bersuara kepada tenaga pengajar agar mereka diberikan bantuan yang sama jika mereka layak.Artikel ini dapat membantu ibu bapa untuk mendalami sedikit sebanyak proses pemohonan ini kerana ibubapa juga perlu melengkapkan permohonan.
3 Langkah Mudah untuk mendaftar
Langkah 1: Namakan pelajar yang memerlukan bantuan
- Isikan butiran peribadi anda, pelajar yang terpilih berserta ibubapa pelajar.
Langkah 2: Borang dilengkapkan oleh ibubapa
- Sekiranya sah, ibubapa akan menerima notifikasi e-mel untuk melengkapi proses permohonan termasuk memuat naik borang B40 mereka.
Langkah 3: Penghantaran telefon bimbit percuma dengan data 120GB kepada pelajar yang dinamakan
- Sekiranya permohonan berjaya, guru dan ibubapa akan menerima e-mel berkenaan penghantaran
Untuk pencalonan pelajar yang berkelayakan untuk memohon telefon bimbit percuma dari YTL Foundation, sila klik pautan di sini.
RESUME PERCUMA
Sebelum membuat permohonan, apa kata anda siapkan RESUME anda telebih dahulu. Taip resume di dalam kotak carian dibawah dan tekan simbol mangifier. Kami telah sediakan contoh resume terbaik untuk anda.