Permohonan Moratorium Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bank PKP 3.0

Dalam perutusan khas Perdana Menteri pada 28 Jun 2021 yang lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan  pelaksanaan moratorium bayaran balik pinjaman bank bagi mereka yang terkesan dengan Pandemik Covid-19 dan PKP 3.0.Berikut Permohonan Moratorium Bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

 

Bank Negara memaklumkan pilihan moratorium bantuan bayaran Balik pinnjaman yang dibuat pada tahun 2021 tidak akan mempengaruhi rekod CCRIS anda.

Siapa yang layak memohon moratorium?

Permohonan Moratorium bantuan
Sumber: Facebook Bank Negara Malaysia

Moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik.

Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

Tarikh Permohonan

Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021 melalui bank masing-masing.

Kategori dan Bantuan Bayaran Balik

Kategori Jenis Bantuan Bayaran Balik 
Semua individu (B40, M40 dan T20) Moratorium selama 6 bulan. Tidak diperlukan dokumentasi sokongan.
Semua Syarikat Mikro* Moratorium selama 6 bulan. Tidak diperlukan dokumentasi sokongan.
Semua PKS * terjejas akibat wabak tersebut Moratorium selama 6 bulan.Tidak diperlukan dokumentasi sokongan.Hanya pengisytiharan diri yang diperlukan.

* Seperti yang ditakrifkan oleh SME Corporation Malaysia

Cara Mendapatkan Moratorium 6 bulan

Untuk mendapatkan kemudahan moratorium ini, hubungi bank anda mulai 7 Julai 2021 dan seterusnya.

Kunjungi laman web bank berkaitan untuk mengetahui cara membuat permohonan melalui borang web, e-mel, atau panggilan telefon.

Berikan maklumat peribadi dan pinjaman / pembiayaan anda dan pilih bantuan pembayaran balik yang diperlukan. Kaji dan terima terma dan syarat. Tunggu pengesahan.

Bank anda akan memproses permohonan anda dalam masa 5 hari kalendar (untuk individu) atau 14 hari kalendar (untuk perusahaan mikro dan PKS).

Sekiranya anda menghadapi masalah dengan bank anda, atau tidak mendapat sebarang respons dari bank anda dalam jangka masa, anda boleh menghubungi BNMTELELINK atau mengisi bnm.my/RAsurvey untuk membuat aduan.

Semoga moratorium ini dapat sedikit sebanyak membantu peminjam individu dan PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka semasa tempoh yang mencabar ini.

Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk menggunakan tawaran ini dengan sebaiknya dan jika tidak mendesak, janganlah membuat tambahan komitmen kewangan lain.

Senarai Bank Yang Menawarkan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Moratorium Bantuan

Institusi Kewangan

Affin Bank Berhad
Affin Islamic Bank Berhad
Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
Alliance Bank Malaysia Berhad
Alliance Islamic Bank Berhad
AmBank (M) Berhad
AmBank Islamic Berhad
BNP Paribas Malaysia Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Muamalat Malaysia Berhad
CIMB Bank Berhad
CIMB Islamic Bank Berhad
Citibank Berhad
HSBC Bank Malaysia Berhad
HSBC Amanah Malaysia Berhad
Hong Leong Bank Berhad
Hong Leong Islamic Bank Berhad
Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
MUFG Bank (Malaysia) Berhad
Malayan Banking Berhad
Maybank Islamic Berhad
MBSB Bank Berhad
OCBC Bank (Malaysia) Berhad
OCBC Al-Amin Bank Berhad
Public Bank Berhad
Public Islamic Bank Berhad
RHB Bank Berhad
RHB Islamic Bank Berhad
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
Standard Chartered Saadiq Berhad
Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

Institusi Pembangunan Kewangan

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)
Bank Pembangunan Malaysia Berhad
Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)
Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
Bank Simpanan Nasional
Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank)

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda memerlukan bimbingan atau ingin meneroka pilihan alternatif untuk bantuan pembayaran balik, anda boleh menghubungi AKPK di https://services.akpk.org.my/

PKS (termasuk syarikat mikro) boleh meminta bantuan melalui Meja Bantuan PKS khusus AKPK di https://www.akpk.org.my/smehelpdesk  bantuan maya memberikan nasihat kewangan percuma dan memudahkan permohonan bantuan pembayaran balik.

SUMBER: BANK NEGARA MALAYSIA

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri dan ini adalah sekadar perkongsian sahaja.Ribuan Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda kepada kami.OKTHXBYE.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*