Permohonan Pendaftaran Tahun 1 sesi 2021/2022 Online | Tahun 2020 amat mencabar untuk rakyat Malaysia dan seluruh dunia. Kali ini kami kongsikan cara dan permohonan untuk pendaftaran tahun satu sesi 2021/2022 dan seterusnya. Untuk sedia maklum KPM atau Kementerian Pendidikan Malaysia telah menwujudkan satu sistem pendaftaran secara online untuk tahun 1.
Untuk keluarga mempunyai anak 5 tahun atau 6 tahun yang ingin mendaftar anak ke prasekolah, pastikan anda rujuk Manual Pendaftaran ePrasekolah.
Bagi Permohonan ini telah di buka kepada seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Untuk meneruskan pendaftaran tahun satu secara online baca secara terperinci di bawah ini.
Anda Perlu Daftar Pengguna Baru
Sila daftar sebagai pengguna baru menerusi portal rasmi yang telah disedikan –> https://public.moe.gov.my/
Anda perlu isi setiap medan wajib yang bertanda (*) seperti dalam gambar di bawah:
Selepas selesai anda mengisi data, sila klik Daftar.
Anda akan dapati satu popup windows menyatakan pendaftaran anda berjaya dan anda perlu pergi ke halaman utama.
Daftar Masuk
Pergi perlu ke halaman utama, sila masukkan Id Pengguna (No. Mykad) dan Katalaluan seterusnya anda perlu klik pada butang Daftar Masuk. Paparan seperti gambar di bawah ini.
Jika anda lupa katalaluan anda boleh klik pada Lupa Katalaluan dan anda boleh memohon katalaluan melalui email ataupun melalui soalan-soalan keselamatan.
Permohonan Pendaftaran Tahun 1 sesi 2021/2022 Online Berjaya
Setelah pendaftaran anda berjaya bolehlah membuat permohonan dengan segera. Semoga pendaftaran tahun satu anak anda mudah dan senang.
Mengapa Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan? Untuk memudahkan permohonan ke tahun 1 dan sekolah kawalan tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
Bagaimana Sistem Pendaftaran Atas Talian ini berfungsi? seharusnya Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1 dan ke sekolah kawalan.
Siapakah dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna? Ibu bapa dan penjaga.
Bagaimana cara terbaikuntuk saya daftar sebagai pengguna baru? Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar Rujukan: Manual Pengguna.
Selepas saya membuat pendaftaran, saya dapati No. Mykad yang telah dimasukkan adalah tidak betul, apakah yang harus saya lakukan? Sila buat pendaftarasn semula dengan menggunakan No. Mykad yang betul. Sekiranya anda telah memohon menggunakan ID Pengguna yang salah atau menggunakan MyKid murid, Pengguna boleh teruskan permohonan dengan menggunakan ID tersebut.
Bagaimana cara terbaik untuk saya dapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa? Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN. Mohon semak Email (berdasarkan email yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
Bagaimana Email yang dimasukkan ketika pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN? E-mel kepada pihak admin. (Dengan subjek email: Email tidak sah untuk fungsi katalaluan) dll.
Jika hendak mengemaskini maklumat pengguna sistem selain dari ID Pengguna? Anda perlu Daftar Masuk terlebih dahulu, kemudian klik butang menu UTILITI.
Semoga segala urusan pendaftaran tahun 1 online anak anda berjaya.