Connect with us

info

PKPD: Ini perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan,wajib tahu

Published

on

SEBANYAK 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 3 hingga 16 Julai, umum Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.
Susulan pelaksanaan PKPD dalam skala agak besar kali ini dan mungkin ramai penduduk tidak begitu peka dengan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan, Astro AWANI senaraikan antara SOP PKPD penting berdasarkan sidang media Ismail Sabri.
Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai SOP boleh dirujuk di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) di https://www.mkn.gov.my.
Berikut antara perkara yang DIBENARKAN dan TIDAK DIBENARKAN:
  • Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal DIBENARKAN dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS.
  • Lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi seperti biasa. Aktiviti dan perkhidmatan pengangkutan awam (kereta api, komuter, bas, lapangan terbang, teksi, feri, e-hailing) dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan kapasiti 50%.
  • Bilangan penumpang dalam teksi dan e-hailing dihadkan dua orang sahaja termasuk pemandu.
  • Tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam 8 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran PDRM.
  • Hanya sektor perkhidmatan perlu (essential services) sahaja DIBENARKAN untuk beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan.
  • Selain itu, hanya kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih (loaf), gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka dibenarkan beroperasi.
  • Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu (essential services) atau menjalankan tugas rasmi kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.
  • Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu TIDAK DIBENARKAN keluar dari kawasannya dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah.
  • Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang-kilang serta premis-premis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat MITI yang telah dikeluarkan sebelum ini.
  • Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk DIBENARKAN beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.
  • Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), pandu lalu (drive-thru) atau penghantaran (delivery) sahaja DIBENARKAN.
  • Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian DIBENARKAN beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.
  • Hospital, klinik dan makmal perubatan DIBENARKAN beroperasi 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.
  • Kedai farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan, kedai makanan haiwan, DIBENARKAN beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.
  • Stesen minyak DIBENARKAN beroperasi antara 6 pagi hingga 8 malam, kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol beroperasi sehingga 24 jam.
  • Pasar borong DIBENARKAN beroperasi bermula 12 tengah malam 6 pagi.
  • Pasar awam, pasar tani kekal (PTK) & MyFarm Outlet (MFO) DIBENARKAN beroperasi bermula 6 pagi hingga 2 petang.
  • Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah TIDAK DIBENARKAN.

PKPD

sumber:https://www.astroawani.com

selain itu, ini adalah sedikit sumber:

Daerah/mukim di Selangor yang dikenakan PKPD:

• 1. Daerah Petaling
Mukim: Petaling, Damansara, Sungai Buloh, Bukit Raja

• 2. Daerah Hulu Langat
Mukim: Hulu Langat, Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih, Beranang

• 3. Daerah Sepang
Mukim: Dengkil, Labu, Sepang

• 4. Daerah Gombak
Mukim: Batu, Rawang, Setapak, Hulu Kelang, Kuang

• 5. Daerah Kuala Langat
Mukim: Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2), Teluk Panglima Garang, Morib, Bandar, Jugra, Batu

• 6. Daerah Klang
Mukim: Kapar, Klang

• 7. Daerah Kuala Selangor
Mukim: Ijok, Bestari Jaya, Jeram

• 8. Daerah Hulu Selangor
Mukim: Serendah, Rasa, Ulu Yam, Batang Kali

Daerah/mukim di Kuala Lumpur:

Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
PPR Batu Muda
Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
Kampung Padang Balang
Taman Koperasi Polis (Fasa satu dan dua).

Flat Sri Sabah
Kampung Puah
PPR Kampung Baru Air Panas
Flat Desa Pandan (termasuk Baiduri dan Delima)
Kampung Batu Muda
PPR Kerinchi
Bandar Baru Sentul
Taman Ikan Emas

Apa Pendapat anda, segala info yang diberikan boleh dikongsikan untuk maklumat dan manfaat bersama.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri dan ini adalah sekadar perkongsian sahaja.Ribuan Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda kepada kami.OKTHXBYE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING TOP