Akibat penularan kembali wabak Covid-19, Kementerian Pengajian Tinggi telah menetapkan semester pertama akademik 20/21 adalah bermula oktober 2020. Semua program pembelajaran akan diadakan secara online sehingga 31 Disember 2020. Memahami masalah sesetengah pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan dan mengalami masalah pembelajaran secara dalam talian, ADUN Bukit Gasing dengan kerjasama StandUp Malaysia melancarkan Kempen Program Laptop4Siswa.
Memandangkan situasi semasa yang dihadapi oleh para pelajar, StandUpMY dan Rajiv Rishyakaran, ADN Bukit Gasing ingin memberikan bantuan kami dalam menyediakan pelajar yang memerlukan komputer riba untuk kelas dalam talian kerana wabak COVID19. Kami akan membantu anda dengan menyediakan komputer riba terpakai / diperbaharui untuk anda gunakan. Komputer riba menjalani proses pemeriksaan sebelum dapat disumbangkan untuk memastikan kualitinya yang mencukupi untuk digunakan oleh mana-mana pelajar.
Program ini untuk membantu pelajar universiti untuk mendapatkan laptop bagi tujuan pembelajaran mereka.
Contoh resume terbaik – sila klik sini jika tidak mempunyai resume yang lengkap.
Syarat Kelayakan Progam Laptop4Siswa
Siswa yang mempunyai kelayakan berikut:
a)Terbuka kepada semua pelajar di Malaysia
b)Memiliki kad pelajar yang sah
c)Memiliki Surat Tawaran belajar di Universiti
d)Wajib sertakan slip gaji ibubapa
e)Pelajar dari golongan B40
f)Keluarga yang ada lebih dari seorang didalam keluarga perlu mengikuti kelas dalam talian
Cara Mohon Bantuan Program Laptop4Siswa
Kempen Program Laptop4Siswa telah membuka permohonan buat pelajar yang memerlukan sehingga 21 Oktober 2020 dan ia terbuka kepada semua pelajar universiti di Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan di atas.
Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:
KliK Sini Untuk Memohon Bantuan Program Laptop4Siswa
Yang Mampu, Boleh Menderma
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi pejabat Adun Bukit Gasing di talian 03-79547490/help@bukitgasing.my atau StandUpMalaysia 014-6691320/standup.genderviolence@gmail.com.
Sekiranya ada berminat untuk menderma, boleh ke pautan dibawah:
KliK Sini Untuk Sumbangan Program Laptop4Siswa
Untuk Syarikat atau individu yang bermurah hati untuk memberi sumbangan boleh rujuk akaun dibawah untuk sumbangan:
Name: Pusat Khidmat ADUN Bukit Gasing
Account No.: 512295104573 (Maybank)