Connect with us

Info Kerjaya

Resume anda ditolak ? Ketahui mengapa ia berlaku dan cara untuk mengelak.

Published

on

Sejak dari bangku sekolah lagi .Kita selalu terbayang berkerja dengan cita cita kita impikan .Sebab itu lah kita akan belajar bersungguh sungguh Tapi..apa yang kita tak tahu ialah bukan mudah untuk dapat kerja Lagi lagi apabila resume selalu ditolak. Sebaik saja anda menghantar resume korang ke syarikat yang diminat, resume tersebut akan dipertimbangkan oleh pihak HR atau pun Department itu sendiri Tetapi,akibat faktor faktor yang tak disedar ,Resume tu akan ditolak mentah mentah. Menurut kajian ,HR cuma mengambil masa 6 saat untuk membaca keseluruhan resume .Bayangkan jika ada beribu orang yang memohon?Kalau dalam 6 saat tu anda gagal menepati standard resume syarikat apa agaknya yang akan terjadi?

Jadi apa mengapa ia berlaku?

Gambar passport yang tidak Profesional

Jangan menggunakan gambar ‘selfie’ di dalam resume .Walau apa jua kerja pun anda mohon .Pastikan sertakan gambar yang diambil secara profesional di studio.

Info yang tidak berkaitan

Ramai yang buat kesalahan ini.Resume yang terlalu sarat dengan info yang tak berkenaan .Majikan tidak perlu tahu perkara remeh temeh seperti perihal pencapaian kita di sekolah rendah.Pastikan ia ringkas dan padat.Biarkan ia padat dengan pencapaian atau penyertaan institusi yang sangat memberi kesan pada interpersonal skill anda. Seafdalnya skil dan kemahiran berkaitan dengan jawatan yang dipohon

Email resume tidak ada tajuk dan isi

Masalah paling awal kerap kali kita tidak sedar.Jangan hantar email kosong yang hanya ada resume sebagai attachment. Sekurang kurangnya berilah ucapan salam atau kata kata aluan di awal email Nyatakan sekali apa jawatan yang dipohon

Tidak menyertakan rujukan (reference)

Dikatakan meletakkan dua sehingga tiga orang sebagai rujukan adalah kekuatan untuk resume .Majikan sudah pasti akan lebih yakin dengan resume seperti ini kerana dia boleh mengakses rekod professional melalui orang lain.Dalam resume itu sertakan butiran peribadi rujukan supaya senang dihubungi .Bagi sesiapa yang mempunyai pengalaman bekerja ,rujukan yang sesuai ialah bekas majikan .Manakala,pelajar pula sertakan saja bekas pengajar masa di pengajian dulu.

Demikianlah sebab mengapa resume korang ditolak dan apa kaedah penyelesaiannya. Hakikatnya ,tidak ada garis yang menyakinkan diantara resume itu diterima atau pun ditolak. Ini kerana terdapat majikan yang tidak mengambil kira soal ni.Artikel ini adalah garis panduan supaya resume yang dihantar itu mengikut tertib dan beradab.Bukankah ia akan dilihat sopan .Barulah orang mudah untuk percaya dengan kita.
Betul tak?

Adakah anda bersetuju dengan artikel diatas?Nyatakan pendapat anda diruangan komen dibawah.


RESUME PERCUMA

Sebelum membuat permohonan, apa kata anda siapkan RESUME anda telebih dahulu. Taip resume di dalam kotak carian dibawah dan tekan simbol mangifier. Kami telah sediakan contoh resume terbaik untuk anda.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING TOP