RM3.75 JUTA JADI HABUAN SINDIKET ‘DALLAL’ BAWAK MASUK PELARIAN ETNIK ROHINGYA KE MALAYSIA.

Pelarian Etnik Rohingya dilaporkan sanggup meredah laut dan membayar sejumlah Rm15,000 bagi setiap seorang kepada satu sindiket dikenali sebagai ‘Dallal’ bermaksud Orang Tengah untuk membolehkan mereka mendarat di Malaysia. Dalam satu laporan oleh World News menyatakan ada kapal yang cuba membawa pelarian tersebut ke Malaysia namun gagal dan mengakibatkan kematian berlaku.

Sindiket Dallal Tumpas

Menurutnya, lanjutan daripada maklumat itu juga pihaknya berjaya menahan dua suspek yang disyaki dalang aktiviti penyeludupan PATI yang beroperasi di sekitar utara dan selatan semenanjung.
“Kedua-dua suspek berusia 36 tahun dan 31 tahun ini ditangkap di bawah ‘Ops Dallal’ yang melibatkan urus niaga jenayah penyeludupan PATI.

“Dalam bahasa Bangladesh, ‘Dallal’ bermaksud panggilan yang digunakan untuk ejen-ejen darat,” katanya pada sidang media di Pejabat APMM Zon Maritim Kuala Kedah di Jalan Berjaya di sini hari ini.

Beliau berkata, modus operandi mereka adalah dengan menaiki sebuah bot besar dari Myanmar dan apabila sampai ke sempadan perairan Malaysia, mereka akan berpecah menggunakan bot-bot kecil untuk masuk ke negara ini.

“Mereka ini adalah sub ejen kepada ejen utama dan pihak kami masih lagi memburu ejen utama tersebut.
“Kita sudah mempunyai bukti transaksi yang dilakukan di antara mereka,” katanya.

Zulinda berkata, tangkapan pertama dibuat pada 17 April ke atas seorang lelaki warga Myanmar disyaki etnik Rohingya berusia 36 tahun dan pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) di sebuah rumah teres di Simpang Empat, Alor Setar.

Menurutnya, semasa serbuan dibuat suspek bersembunyi di atas siling rumah berkenaan, namun berjaya dikesan dan ditangkap oleh penguatkuasa Maritim Malaysia.

“Maklumat siasatan juga mendapati suspek merupakan adik ipar kepada dalang utama aktiviti jenayah penyeludupan PATI yang aktif beroperasi di Kedah, Pulau Pinang dan Johor.

World News juga melaporkan Etnik tersebut cuba memasuki perairan Malaysia kerana sempadan perairan Thailand yang dikawal rapi gagal ditembusi. Berikutan wabak Covid 19, pelarian Rohingya menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama untuk melarikan diri kerana sikap ‘Baik Hati’ kerajaan Malaysia kepada Pelarian Rohingya yang berada di Malaysia. Persoalan timbul dari mana datangnya wang pelarian yang sanggup membayar sejumlah wang hanya untuk mendarat dan menjadi pelarian di Malaysia? Adakah ada kalangan pelarian di Malaysia menjadi penaja bagi membolehkan pelarian dibawa masuk? Mungkin akan ada pandangan sinis wujud kluster ‘Tokey Sayur’ atau ‘Tauke Pemborong Buah’  di sekitar Pasar Borong Selayang yang bermaharajalela selama ini?  Bayangkan pelarian yang mempunyai wang sebanyak Rm15,000 sanggup membayar hanya untuk masuk ke Malaysia. Tidakkah ini menjadi kemusykilan kerana dikatakan Etnik Rohingya di Myanmar berada di bawah paras kemiskinan dan hidup melarat.

Dalam satu isu lain, tersebar tuntutan sebuah NGO dikenali MERHOM yang menuntut pelbagai keistimewaan untuk pelarian Rohingya. Mengejutkan sekali Pakatan Harapan menerima gesaan agar meratifikasikan Akta Pelarian bagi membolehkan Etnik Pelarian Rohingya mendapat manfaat sama seperti rakyat Malaysia. Untuk rekod Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967.

NGO MOHON HAK PELARIAN ROHINGYA

Begitu mudah bagi MERHOM meminta banyak perkara yang nampaknya seperti mahu Hak yang dinikmati rakyat Malaysia. Ada juga desas-desus kehadiran pelarian Rohingya ini ada kaitan dengan sindiket dari negara Bangladesh yang enggan lagi mengambil mereka untuk tinggal di negara tersebut sebagai pelarian namun sejauh mana kebenarannya tidak diketahui. 

GESAAN RATIFIKASI PELARIAN ROHINGYA

KDN perlu menyiasat sindiket ‘Dallal’ secara serius bagi mengekang kemasukan pelarian ketika pandemik covid19 sedang melanda seluruh dunia. Adakah sindiket tersebut ada kaitan dengan NGO yang menggariskan 4 perkara cadangan untuk pertimbangan Kulasegaran ketika masih menjawat jawatan Menteri Sumber Manusia(Pakatan Harapan) pada awal Januari 2020?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*