Connect with us

Isu Semasa

Siti Nurhaliza didakwa dipukuL,kini buat laporan polis

Published

on

GAMBAR SEKADAR HIASAN.Seorang lelaki di Sumatera Selatan didakwa memukul isterinya yang bernama Siti Nurhaliza, 22, selepas wanita itu bertengkar dengan ibunya, lapor portal Sumsel.update, baru-baru ini yang berlaku di Jakarta, Indonesia.

Tertuduh, Nopiyan Syahri, 26, yang berasal dari Dusun IV Desa Bukit Langkap, Kabupaten Muratara, menyebabkan Siti Nurhaliza mengalami lebam di bahagian kiri pipinya.

Menurut kenyataan polis, suspek tidak boleh menerima pertengkaran yang berlaku antara isteri dengan ibunya.

“Mangsa mendakwa dipukul enam kali oleh suaminya selepas kejadian bertikam lidah dengan ibu mentuanya.

“Kepalanya dihentak ke lantai sehingga menyebabkan pipi kirinya mengalami lebam teruk,” kata kenyataan itu.

Ketua Polis Muratara, Asisten Komisioner Polis Besar Eko Sumaryanto, melalui Ketua Unit Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Dedi Rahmad Hidayat, mengesahkan penangkapan itu.

Suspek ditahan selepas polis  mendapat maklumat daripada keluarga mangsa bahawa suspek melarikan diri dari kediaman selepas insiden berkenaan dan bekerja di sebuah ladang ternakan Kelurahan Terawas Kecamatan STL Ulu Terawas, Kabupaten Mura.

Suspek didakwa di bawah undang-undang Keganasan Rumah Tangga, Kanun 40 ayat 1, No. 23, Tahun 2004. – Agensi

sumber:kosmo

 

suami, siti nurhaliza

sekadar pengkongsian bersama.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING TOP