
Tak Perlu keluar | Tunaikan Zakat Online dengan Web dan Aplikasi Telefon
Diwaktu dunia sedang berperang dengan Wabak COVID 19.Ia menyukarkan kita untuk keluar ke mana mana dengan kawalan pengerakkan di negara masing masing.Tambah tambah pula bagi yang ingin keluar menunaikan zakat pada bulan Ramadhan.Amat mendukacitakan bila penularan wabak berlaku tatkala kita berpuasa.Akan tetapi,kemudahan secara atas talian telah membenarkan kita untuk membayar zakat .
Zakat dari segi syarak bermaksud mengeluarkan harta tertentu mengikut kadar tertentu dengan syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.
Pembayaran zakat secara online ini turut membantu mereka yang mempunyai kekangan masa yang terhad agar dapat melakukan kewajipan Kemudahan ini telah diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu dan semakin diperluaskan kepada setiap negeri.Orang ramai tidak perlu khuatir kerana pembayaran zakat secara online ini telah diiktiraf atau sah dari segi hukum syariat
Garis panduan Zakat Fitrah ketika Perintah Kawalan Pergerakkan
- Zakat fitrah akan dilaksanakan pada tahun ini dan perlu ditunaikan oleh individu Muslim yang berkemampuan
- Semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) seluruh Malaysia akan mengoptimumkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara atas talian (online)
- Golongan yang kemampuan ekonominya terjejas disebabkan PKP dan situasi COVID-19 ketika ini, bayaran zakat fitrah boleh ditunaikan dengan KADAR MINIMUM yang telah ditetapkan oleh pijak MAIN dan AMZ mengikut kemampuan diri dan keluarga
- Pembayaran zakat fitrah melalui amil yang dilantik masih disediakan oleh hampir semua MAIN dan AMZ, tetapi dijalankan pada tahap minimum
- Arahan dan tatacara kawalan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia masih perlu dilaksanakan bagi kaedah bayaran secara manual
- Amil atau pembayar yang kurang sihat tidak dibenarkan memungut atau menunaikan zakat fitrah pada waktu tersebut
- Individu yang disahkan positif COVID-19 / baru sembuh / dalam kategori Pesakit Dalam Siasatan (PUI) atau Person Under Surveillance (PUS) hendaklah mewakilkan pembayaran kepada ahli keluarga atau waris yang sihat
- Kaunter zakat fitrah di tempat tumpuan awam seperti pasar raya tidak disediakan
Pautan Bayar Zakat mengikut Negeri
Negeri | Pautan |
Perlis | MAIPS | SnapNPay |
Kedah | Zakat Kedah | Asnafcare | Zakat On Touch |
Pulau Pinang | Zakat Penang | GoPayZ | SnapNPay |
Perak | eZakat MAIAMP | GoPayZ | SnapNPay |
Selangor | Zakat Selangor | GoPayZ | Boost | MyEG |
Negeri Sembilan | Zakat NS | ZakatN9 | SnapNPay | JomPAY |
Melaka | Zakat Melaka | QRPay Bank Muamalat |
Johor | MAIJ | SnapNPay |
Pahang | Zakat Pahang | eZakat MUIP |
Terengganu | MAIDAM | SnapNPay |
Kelantan | e-MAIK | MyMaik |
Sarawak | Tabung Baitulmal Sarawak | Baitulmal Kamek | MyEG | SnapNPay |
Sabah | MUIS | MyEG | SnapNPay | JomPAY |
Kuala Lumpur![]() ![]() | PPZ MAIWP | PayHalal | MyEG | Pos Online |
Berikut ialah senarai laman web dan aplikasi mengikut Negeri .Untuk Maklumat lanjut sila ke sini.
Semoga kita dan sekeluarga dirahmati Allah .Insyallah