Viral:Terkejut Burger Malaysia Harga RM1

GEORGE TOWN – Pembeli kuih-muih di gerai jalanan terkejut apabila mendapati pau sambal atau lebih popular dengan nama burger Malaysia dijual pada harga RM1 sebiji.

Tinjauan Kosmo! di beberapa gerai menjual kuih-muih di sekitar Bayan Lepas dan Sungai Ara di sini mendapati kuih berkenaan yang bersaiz hampir sama dijual pada harga di antara 50 sen sehingga RM1.

Seorang pelanggan, Siti Azila Mahmud, 55, berkata, dia terkejut dengan tindakan sebilangan sikap peniaga yang meletakkan harga tidak masuk akal itu ketika rakyat sedang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Kuih burger Malaysia yang dijual RM1 sebiji sudah sama harga dengan sebungkus nasi lemak ikan atau nasi lemak ikan bilis.

“Nak kata saiznya besar dan berbaloi dengan harga pun tidak juga kerana kuih serupa dengan bentuk dan yang saiz sama kini dijual hanya 50 sen sebiji,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

BURGER MALAYSIA
Burger Malaysia

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Mohideen Abdul Kader berkata, peniaga kuih-muih di negeri ini tidak sepatutnya mengambil kesempatan ketika masih banyak gerai makanan itu belum dibuka ketika ini.

“CAP mendapati tiada berlaku kenaikan drastik harga bagi bahan mentah untuk membuat kuih seperti tepung dan gula kecuali minyak masak,” jelasnya ketika dihubungi. – K! ONLINE

baca lagi di sini: burger malaysia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-7627292

Berikut adalah Tips dan cara untuk membuat sendiri burger Malaysia yang senang, mudah dan sedap untuk dimakan.Jombaca di bawah:

Doh untuk buat pau sambal ni boleh gunakan untuk membuat donat dan juga pau goreng. Manakala sambalnya pula boleh digunakan sebagai sambal nasi lemak. Sebab tu peniaga yang menjual nasi lemak selalunya ada jual juga pau sambal ni. Hehe. Kalau saya pula, 1 adunan ni saya akan buat juga donat dan pau goreng. Sebab anak-anak tak makan pedas. All in one gitu. Hehe.

Untuk part sambal pula saya rasa sambal ni sedap kalau ada rasa manis-manis sikit. Tapi ada yang suka lebih rasa masin. Jadi saya tak letakkan sukatan garam, gula dan juga air asam jawa kerana ianya terpulang kepada selera masing-masing. Boleh letak sikit demi sedikit jika tak pasti berapa banyak bahan-bahan ini diperlukan. Jika nak lebih pedas boleh lebihkan cili kering atau gunakan cili kering jenis pedas.

Sebelum buat pau sambal yang sedap ni jom kita tengok dulu cara penyediaannya.

Bahan-bahan Pau Sambal:

Doh:

  • 1 Cawan Air Suam
  • 2 Sb Gula
  • 2 Sb Susu Pekat
  • 11 gm Yis (1 Paket)
  • 3 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Biji Telur
  • 2 Sb Mentega Cair
  • 1 sk Garam
  • 1 sk Pelembut Roti

Cara-cara:

  1. Sediakan air suam, kacau gula dan susu sehingga sebati dan masukkan yis. Kacau dan biarkan yis berbuih lebih kurang 15 minit.
  2. Sementara itu, gaulkan tepung bersama mentega, telur, garam dan pelembut roti.
  3. Kemudian masukkan air yis yang telah kembang tadi. Uli sehingga menjadi doh. (Boleh tambah tepung jika adunan terlalu lembik)
  4. Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga kembang 2 kali ganda.
  5. Uli doh sedikit dan bulatkan pada saiz yang sesuai. Biarkan doh naik sekejap lebih kurang 10 minit.
  6. Goreng doh dengan minyak yang banyak. (api jangan terlalu besar)

Sambal:

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 10-15 Tangkai Cili Kering (rebus dahulu)
  • Air
  • Gula
  • Garam
  • Sedikit Air asam jawa
  • 1 Biji Bawang Besar (potong bulat)
  • 20 gm Ikan Bilis
  • Timun

Cara-cara:

  1. Kisar bawang besar dan cili kering dengan sedikit air sehingga hancur.
  2. Tumiskan bahan kisar sehingga betul-betul garing.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan juga sedikit air asam jawa secukupnya semasa menumis.
  4. Tambahkan air sedikit demi sedikit dan terus tumis sehingga warna sambal menjadi gelap.
  5. Masukkan bawang yang dipotong bulat dan juga ikan bilis (boleh tambah jika suka). Kacau sehingga sebati dan sedikit kering.
  6. Masukkan sambal ini di dalam doh (potong 2 tapi jangan sampai putus) yang telah digoreng tadi bersama hirisan timun.

Tips:

  • Air suam untuk bancuh yis jangan terlalu panas. Suam-suam kuku je. Air panas akan mematikan yis dan yis tak akan kembang.
  • Untuk mendapatkan pau yang lembut, pastikan doh lembut dan uli beberapa kali sebelum diperap selama 1 jam.
  • Bagi mendapatkan sambal yang sedap, sambal perlu dimasak lama dengan menggunakan api kecil sehingga ianya bertukar warna yang gelap. Tambahkan air jika sambal dah kering dan tumis lagi sehingga sambal kering semula. Ulang langkah ni beberapa kali.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri dan ini adalah sekadar perkongsian sahaja.Ribuan Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda kepada kami.OKTHXBYE.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*