Connect with us

Uncategorized

Tip Simpan Udang Supaya Kekal Segar, Manis & Pejal Macam Baru Beli

Published

on

Beli udang mahal-mahal kemudian simpan dalam peti tapi lepas seminggu tengok dah pun lembik dan hitam.

Ini antara masalah bila nak simpan stok makanan laut terutamanya udang.

Tapi ada tip yang boleh dipraktikkan untuk memastikan udang yang disimpan kekal segar, manis dan tidak berubah jadi warna hitam malah teksturnya pun masih pejal seperti baru dibeli. Petua ini dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad.

Tip simpan udang supaya kekal segar, tabur gula!

Ada pelbagai petua untuk simpan seafood antaranya rendam dalam air dan frozenkan.

Tapi ada satu lagi cara mudah yang boleh dipraktikkan. Caranya tabur gula!

Udang contohnya paling cepat jadi hitam dan lembik selepas kita keluarkan dari peti sejuk beku.

Untuk elakkannya, selepas masukkan udang dalam bekas tabur gula di atasnya. Kemudian barulah disimpan dalam peti sejuk beku (ruang sejuk beku).

Udang yang disimpan tak perlu dicuci dulu ya untuk mengekalkan kesegarannya. Sama juga dengan ikan, sotong dan ketam.

Ini keadaan udang setelah lebih 2 minggu, tekstur udang masih sama macam baru beli.


Bagi ketam dan sotong pula, simpan macam biasa saja tapi pastikan dalam bekas supaya tak bertindih.

Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING TOP