Connect with us

info

Tips dan Teknik Simpan duit, Lelaki ini kongsikan

Published

on

SIKIT-sikit lama-lama jadi bukit.Lelaki ini guna Tips dan Teknik Simpan duit.

Itulah yang ingin dibvktikan Fendi Islam,32, apabila dia mula menyimpan wang kertas RM20 dalam tabung setiap kali menerimanya.

Dan siapa s4ngka usahanya itu membvahkan hasil apabila berjaya mengumpul sebanyak RM47,500 dalam masa hanya setahun.

Berkongsi kis4hnya dengan mStar, Fendi yang juga seorang usahawan kedai kek berkata dia mula menyimpan wang kertas RM20 sejak Mac tahun lepas.

“Setiap malam saya akan buka wallet dan ambil semua note RM20 untuk disimpan.

“Tapi selain note RM20 saya juga simpan wang kertas baru macam RM1 dan RM10 tapi kalau duit RM20 saya tak kira baru ke tak… memang akan simpan.

“Saya agak mungkin selepas setahun dapat dalam belasan ribu je. Saya kumpul RM500 dan jadikan satu set, jadi bila tengok ada banyak set saya terkejut dan bila kira ada RM47,500,” katanya dalam nada teruja.

Perkongsiannya mengenai cara dia menyimpan wang di laman TikTok mendapat hampir 2 juta tontonan.

Fendi mula menabung sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan 1.0.

Fendi berkata niatnya berkongsi video tersebut hanya untuk memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana untuk turut menyimpan secara konsisten.

“Saya sebenarnya tak percaya saya mampu sebab saya seorang yang boros, kaki jalan sebelum ni tapi mungkin rezeki saya dekat sini.

“Saya takut juga nak post, banyak juga yang bagi n4sihat cakap hati-hati, tapi saya kongsi sebab saya nak bagi orang lain semangat, kita ni manvsia kalau kita tak tahu hasilnya, kita tak akan mulakan sesuatu tu.

“Jadi saya nak orang tahu hasilnya dan semoga ia dapat beri inspirasi kepada mereka untuk mencuba,” katanya.

Fendi bagaimanapun menasihatkan mereka yang ingin cuba menyimpan dengan cara ini supaya mengikut keupayaan diri sendiri.

“Tak semestinya perlu simpan note RM20, ada orang kata mereka dah simpan lepas tu hujung bulan terpaksa keluarkan untuk anak… tak mengapa.

“Sebenarnya apa yang penting adalah menyimpan dengan konsisten, kalau terguna tak apa… boleh kumpul balik. Mereka juga boleh simpan duit RM5, RM10 malah note RM100 bagi yang mampu,” katanya.

Fendi ingin membawa ibu bapanya menunaikan umrah dengan wang yang dikumpul.

Menurut Fendi, dia berazam untuk menggunakan wang yang dikumpul itu untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan umrah.

“Kalau ada rezeki saya nak bawa mak dengan ayah pergi buat umrah atau kalau ada keperluan lain serta kecem4san pun sekurang-kurangnya saya ada simpanan,” katanya.

Saya kongsi sebab saya nak bagi orang lain semangat, kita ni manusia kalau kita tak tahu hasilnya, kita tak akan mulakan sesuatu tu.

FENDI ISLAM

Sementara itu berkongsi mengenai dirinya, Fendi berkata dia bukanlah berasal daripada keluarga berada.

“Mak ayah saya sudah bersara, dalam keluarga saya saja yang menceburi bidang perniagaan itu pun diseb4bkan des4kan hidvp untuk mencari rezeki.

“Saya mula sebagai home-baker sekitar tujuh tahun lepas, masa tu memang tak sangka sebab saya belajar Urban Design and Planning dengan Rural Tourism tapi lepas habis belajar saya rasa tak minat nak kerja dalam bidang saya belajar,” katanya.

Menurut Fendi sebelum mengeluarkan produknya sendiri dia juga terpaksa melalui segala perit jerih seperti mana dilalui peniaga lain yang baru mula bertatih.

“Saya pernah jual batik Sarawak dan kain sari, bayangkan masa tu saya naik bas dari Terengganu ke Kuala Lumpur bawa beg yang macam beg Ikea tu untuk beli kain, angkut naik LRT (Light Rail Transit), kemudian pergi ke TBS (Terminal Bersepadu Selantan).

“Saya pernah COD (Cash on demand) ke rumah mak cik-mak cik dekat sini.

“Tapi lepas tu saya fikir saya perlu cari perniagaan yang boleh dapat pendapatan lebih sustainable dan saya dapat ilham buka kedai kek masa pergi beraya dekat rumah kawan saya, masa tu saya makan brownies dekat rumah dia,” katanya.

Fendi bermula sebagai home-baker tujuh tahun lepas, tapi kini dia mempunyai dua buah kedai.

Menurut Fendi dengan bantuan rakan serta video tutorial di YouTube, dia akhirnya berjaya menghasilkan produk pertamanya, iaitu brownies untuk dijual.

“Kali pertama saya buat brownies selepas kawan saya bagi resepi melalui telefon… memang ternganga masa buat. Kali pertama tak jadi, saya cuba semula tak jadi juga kemudian saya tengok Youtube, try and error sebab saya ni memang minat buat research.

“Kemudian saya bagi keluarga saya rasa mereka kata okay, jadi saya cuba jual dan kebetulan kena dengan selera orang ramai.

“Lama-lama tu saya cuba buat produk lain, cheesecake, cookies dan banyak lagi,” katanya yang kini mempunyai dua buah kedai – di Dungun, Terengganu dan Temerloh, Pahang.Ini adalah Tips dan Teknik Simpan duit  yang digunakan lelaki ini bagi menyimpan duit simpanannya.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber :https://www.mstar.com.my/

Ini adalah sekadar perkongsian bagi mereka yang suka menabung dan menyimpan wang bagi simpanannya.

Sebagai ibu bapa, anda pastinya mahu yang terbaik untuk anak-anak. Namun kadangkala kita terlebih berbelanja, membuatkan perancangan kita terganggu pula. Apakah tips menabung yang terbaik untuk keluarga?

Tahun baru sudah pun menjelma, kita pasti mempunyai azam baru yang sebenarnya sangat susah untuk kita patuhi.

Tetapi jika ada bercadang untuk menjadi bijak wang tahun ini, jom semak 9 tips menabung ini untuk anda bantu keluarga menyimpan wang!

Tips Menabung Untuk Keluarga 

Tips Menabung #1 Jangan terlalu banyak menghabiskan masa di pasar raya

Peraturan utama: Jangan pergi ke kedai runcit apabila anda lapar!

Satu garis panduan yang baik adalah sekiranya barang rumah habis, anda tidak perlu beli-belah untuk setiap barang kecil.

Tunggu sehingga anda memerlukan sekurang-kurangnya 10 barang, kemudian pergi ke kedai. Sentiasa ingat untuk beri keutamaan kepada keperluan, bukannya keinginan.

Tips Menabung #2 Memasak makanan anda sendiri

Kita semua mengejar masa,  jadi satu cabaran pula untuk menyiapkan makanan buat keluarga.  Tetapi anda perlu sedar yang makan di luar atau bungkus makanan dari kedai pun boleh menjejaskan simpanan.

Sekiranya anda masak di rumah, wang lebih kurang digunakan malah anda boleh mengawal diet.

Tips Menabung #3  Tahan diri daripada menggunakan kad kredit sebanyak mungkin

Walaupun kad kredit membantu, jangan sampai kita terlalu bergantung kepadanya!

Sembunyikannya – atau lekat di peti sejuk – dan jangan gunakannya kecuali perlu. Mulakan amalan pembelian secara tunai, jadi anda akan tahu dengan lebih baik ke mana wang ada disalurkan.

Tips Menabung #4 Jangan biarkan satu hari berlalu tanpa menyimpan!

Apa saja pembelian yang anda buat, ingat matlamat anda bukan untuk berbelanja, tetapi untuk menyelamatkan seberapa banyak yang anda boleh.

Jadi cuba dapatkan diskaun atau harga promosi. Mudah saja, cari info di Internet atau tanya jurujual di kedai.

#5 Buat Senarai Kewangan

Dengan cara yang sama anda menyenaraikan tugas dan menandakannya apabila anda selesai, anda juga harus menggunakan tabiat ini untuk kewangan. Lagipun, tanpa kewangan, anda tidak akan dapat melalui senarai tugas anda, bukan?

Senarai tugasan kewangan anda boleh termasuk jangka pendek (seperti simpanan harian, perbelanjaan runcit) atau matlamat jangka panjang (seperti persaraan atau insurans).

#6 Jual Barang Anda Yang Tidak Diperlukan 

Jangan penuhkan rumah dengan barang yang tak perlu! Melepaskan barang untuk dijual bukan sahaja menambahkan pendapatan, malah memberi kesan positif kepada kesihatan mental anda.

#7 Jangan Membazir

Maksimumkan penggunaan barangan di rumah. Jangan pula baru guna sekali, anda buang pula. Perkara ini selalu terjadi terhadap barangan seperti beg sandwich, plastik, peralatan plastik, alat mekap dan banyak lagi!

#8 Elakkan Dari Membeli Dalam Talian

Kurangkan masa melayari internet! Ingatkan diri sendiri supaya tidak terpedaya dengan produk-produk dalam talian.

Tangguhkan pembelian anda selagi boleh, anda pasti tidak akan berminat lagi untuk membeli barangan tersebut.

#9 Setiap Perkara Kecil Itu Sebenarnya Membantu

  • Daripada mendapatkan cappuccino frappe mewah itu, kenapa tidak bancuh kopi sendiri di rumah?
  • Jangan melepak di pusat membeli belah, sebaliknya pergi bersiar-siar di taman yang tidak memerlukan pengeluran wang.
  • Lebih baik lagi, tinggal di rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga anda menonton TV atau bermain permainan papan.
  • Pengorbanan kecil ini – walaupun nampak mudah, tetapi sebenarnya boleh membawa banyak perbezaan dalam hidup anda!

Jom sama-sama kita berjimat cermat dan menabung untuk masa hadapan!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri dan ini adalah sekadar perkongsian sahaja.Ribuan Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda kepada kami.OKTHXBYE.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING TOP