Connect with us

info

Ustaz Ebit Lew Dedahkan Sifat sebenar Orang Gaza (Palestin)

Published

on

Melalui perkongsian baru-baru ini, beliau sudah berada di Gaza dan sedang giat melakukan misi kemanusiaan.

Beliau sudah menziarahi beberapa keluarga dan menyumbang barang keperluan, makanan dan mainan kanak-kanak kepada yang memerlukan.

Dan semasa melakukan aktiviti kemanusiaan tersebut, beliau sempat bertanyakan nama dan hampir semua orang menjawabnya.

Tetapi, terdapat seorang kanak-kanak ini tidak menjawab, dan rupa-rupanya kanak-kanak tersebut mengalami masalah pendengaran.

Lantaran itu, beliau meminta untuk diberikan ubat tetapi hanya boleh dibeli di Mesir dan perubatan hanya boleh dilakukan di West Bank.

Selain itu,beliau juga meminta kumpulan yang bakal tiba, @palestineredcrescent, untuk membawa ubat itu.

Ustaz Ebit Lew juga memberitahu bahawa, penduduk Palestin seorang yang lembut, baik dengan sifat dan akhlak yang terpuji.

 

 

Selain itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Hishammuddin, Wisma Putra Malaysia dan TMJ dan yang telah menjayakan misi ini.

Misi Pendakwah bebas, ustaz ebit lew mengadakan misi bantuan kemanusiaan untuk menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serAngan Israel di sana.
Katanya, misi itu telah mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa yang perlu dipatuhi termasuk apabila kembali ke Malaysia.
“Urusan yang melibatkan misi tersebut telah dirancang oleh delegasi oleh beliau secara terus dengan rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berada di Mesir.
“Segala persiapan dan persediaan dilakukan oleh pihak beliau sendiri, menerusi kerjasama rapat dengan rakan NGO di Mesir,” katanya dalam kenyataan malam Selasa.
Tambah Kamaruddin, biarpun misi ini merupakan inisiatif delegasi ustaz sendiri, namun pihaknya menasihatkan mereka supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama rapat dengan Wisma Putra.
“Saya telah menasihati delegasi ustaz agar sentiasa berhubung, bekerjasama rapat dan mendengar setiap arahan keselamatan daripada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Mesir.
“Selain itu, segala peraturan, prosedur dan arahan keselamatan yang ditetapkan oleh negara tuan rumah juga mesti dipatuhi.
“Ini penting terutamanya demi memastikan keselamatan beliau dan delegasi beliau sepanjang di perantauan kelak,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memuji usaha pendakwah itu dan delegasinya.
“Alhamdullillah, usaha yang sangat mulia daripada beliau, demi saudara mara kita di Palestin. Saya secara peribadi amat berterima kasih atas usaha ini.
“Moga Allah SWT lindungi ustaz dan delegasi sepanjang di Mesir. Insya-Allah perwakilan Malaysia di Kaherah akan bantu apa yang boleh,” jelas Hishammuddin menerusi ciapan di Twitter miliknya.
Terdahulu, Kamaruddin memaklumkan menerima panggilan telefon daripada beliau pada Selasa untuk memaklumkan mengenai misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang akan dijalankan dari 25 hingga 30 Mei 2021.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

Rujukan dan gambar, Ustaz Ebit Lew

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri dan ini adalah sekadar perkongsian sahaja.Ribuan Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda kepada kami.OKTHXBYE

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING TOP