Connect with us

info

(Video) Kucing Berusia 104 Tahun

Published

on

Setiap orang yang memiliki haiwan peliharaan, pasti berharap agar haiwan peliharaan mereka akan kekal sihat dan berada di sisi selama-lamanya.Salah satu haiwan yang selalu orang bela adalah kucing.

Walaupun begitu, seperti yang kita tahu, jangka hɑyat kebanyakan haiwan tidak lama dan lebih singkat berbanding dengan manusia.

Mungkin satu keajaiban ataupun anugerah Allah jika ada sesetengan haiwan yang mampu hidup buat masa yang lama.

Sama seperti seekor kucing yang dipercayai berusia 22 tahun ataupun dalam usia manusia adalah sekitar 104 tahun. Ia sememangnya tempoh yang agak lama dan jarang untuk perkara ini berlaku.

Kucing tersebut boleh dilihat di akaun tiktok Reece Alexander-Putinas yang sering memuatnaik video kucing kesayangannya itu.

Kucing tersebut yang bernama Lily, lahir pada tahun 1999 boleh dilihat yang dia sudahpun sedikit uzμr, tetapi masih lagi aktif berjalan.

Namun, kucing tersebut boleh dilihat tidak dapat berjalan dengan baik seperti kebanyakan kucing yang lain kerana dia sudahpun sedikit uzμr dan boleh dilihat juga yang dia masih lagi rapat dan mesra dengan pemiliknya.

Dalam kebanyakan video, Lily boleh dilihat masih boleh berjalan kemana sahaja malah ia juga dilihat dapat melompat naik ke atas sofa tanpa bantuan pemiliknya pun.

Rata-rata warganet tertarik dengan video berkaitan Lily sehingga video tersebut mendapat jutaan tontonan di Tiktok.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

baca lagi:

Sumber video:

[1] Rujukan, Nuck foodle (Tiktok) dan Siakap Keli

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING TOP